Kabar Hari Ini
Menu
Home » Kabar » Ragam » Unik » PAS Tidak Senang Duduk Bila Husam Jadi Calon MB Kelantan?

PAS Tidak Senang Duduk Bila Husam Jadi Calon MB Kelantan?

Kamis, 06 Juli 2017 Kabar, Ragam, Unik


Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa, diingatkan supaya tidak ‘mengigau’ kerana mahu memegang jawatan Menteri Besar di Kelantan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata PAN perlu menang terlebih dulu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) di Kelantan, sebelum mengumumkan untuk memegang sebarang jawatan dalam pentadbiran negeri.

“Saya rasa dia (Husam) mengigau sebab tiba-tiba mahu mencalonkan nama menjadi Menteri Besar, tindakan itu ibarat belum lagi berkahwin tapi dah bagi nama anak.

“Sepatutnya Husam kena lihat kedudukan dan memenangkan parti yang diwakilinya itu di Kelantan dulu, baru boleh pegang jawatan… ini tindakan pelik,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat EXCO kerajaan negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Mengulas mengenai Husam mencabar kerajaan negeri supaya menamakan calon Menteri Besar, Mohd Amar berkata tidak ada sebab untuk menamakan calon lain kerana Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob masih mampu menjalankan tugasnya.

“Beliau (Ahmad) masih lagi sihat dan menjalankan tugas dengan baik sebagai Menteri Besar, jadi biarlah Husam dengan angan-angan Mat Jeninnya itu.

“Setiap parti ada hak untuk menamakan calon, tetapi jika menang, dan biarlah ia dilakukan dengan prosedur yang betul mengikut undang-undang,” katanya.

Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang, baru-baru ini mahukan Husam sebagai calon Menteri Besar Kelantan jika tampuk pemerintahan negeri itu berubah pada PRU akan datang.

Kit Siang berkata, pemilihan Husam dibuat bagi membawa perubahan besar kepada Kelantan yang selama ini diperintah oleh kepemimpinan PAS.

Kenyataan itu disokong Husam yang menyatakan kesediaannya dinamakan sebagai calon Menteri Besar bagi tujuan strategik Pakatan Harapan merampas negeri ini.
- Bicara News
Tweet

Subscribe to receive free email updates:

Posting Lebih Baru Posting Lama Beranda

UPDATE

  • Selesai Operasi Kanker Mulut, George Telek Disarankan Hindari Pinang
  • Pemain Tomg Setan Itu Ternyata Karmila Purba dari Sondiraya Simalungun
  • #Bajet2017: Apa Itu Transformasi Nasional 2050 (T50)
  • 'Rakaman, Gambar Klimak Anina': Cubaan Bunuh Sesama Sendiri?
  • RSIA Insan Permata Buka Layanan BPJS Kesehatan
  • Logistik Pilkada Serentak 2020 Beberapa Telah Masuk Gudang KPU Ngawi
  • Bosowa Taksi Online Resmi Mengaspal di Bone
  • Latheefa Koya - Surendran Khalwat?
  • Pernah Dengar Cerita Siti Hasmah Mengamuk Mahathir Nikah Gadis Belasan Tahun?
  • Ahmad Dani " Ormas Islam yang mendukung Ahok adalah ormas Islam yang tidak punya kelamin"

List

Tag

Aceh Bangka Banten Belitung Berita Bincang Ringan Bone Daerah Darussalam Hari Ini Indonesia Irian Jaya Islami Jateng Jatim Jawa Tengah Jawa Timur Kabar Kebumen Khasanah Kudus Luar Negeri Lumajang Malang Malaysia Maluku Mancanegara Militer Ngawi Papua Pekalongan Politik Portal Portal Piyungan Ragam Riau Sulawesi Tenggara SULTENG Suriah Terbaru Terkini TNI Unik Update
Copyright 2016 Kabar Hari Ini
Powered by Blogger.com