Video Apa Salahnya Kalau Pulau Pinang Hendak Dijadikan Bandar Kristian



Lihat video ini, bagaimana seorang Senator DAP Melayu berkata “apa salahnya kalau Pulau Pinang hendak dijadikan Bandar Kristian” dalam Dewan Negara. Sampai begitu terdesak sekali DAP perkudakan Melayu untuk capai matlamat Evangelis mereka.Melayu dipergunakan untuk luluskan RUU Babi di Penang, kini mahu diperkuda untuk agenda Evangelis pula.

Berikut adalah kenyataan media Tan Sri Ibrahim Abu Shah mengenai perkara tersebut ;

Dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sesi Dewan Negara bertarikh 21 April 2017, saya telah menerangkan isu gerakan Evangelical Christian Zionism secara senyap melalui pembacaan dan rujukan pelbagai buku iaitu;

• The Tenth Parallel: Dispatches from the Fault Line Between Christianity and Islam – Eliza Griswold (2010)

• Art of Deception: Mereka Menipu Dunia – Jerry D. Gray (2012)

• The Armies of God: A Study in Militant Christianity – Iain Buchanan
(2010)

• Sang Nila Utama and The Lion of Judah: Dominionism and Christian Zionism in Malaysia – Iain Buchanan (2015)

Buku-buku ini ditulis oleh pengkaji-pengkaji daripada barat dan merupakan penulis yang berwibawa dengan rujukan-rujukan yang cukup lengkap. Isi kandungan buku-buku ini jelas menunjukkan bahawa gerakan Christian Zionism di seluruh dunia sudah berkembang dan mula menyusup masuk ke Malaysia secara senyap.

Hal ini disedari oleh penulis dan pengkaji sejarah barat bahawa gerakan ini merupakan satu gerakan serius dan boleh dianggap sebagai ekstrimis dalam agama Kristian. Malahan, terdapat beberapa nama pemimpin pembangkang tertulis dalam buku-buku tersebut yang dikategorikan sebagai proksi kepada gerakan Christian Zionism ini.

Selain daripada itu, perihal isu DAP yang dikaitkan sebagai pelampau Kristian turut pernah dibangkitkan oleh Saudara Razali Abdul Rahman yang merupakan bekas Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Malah, beliau (Razali Abdul Rahman) pernah mendedahkan usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak DAP dalam mengembangkan ajaran Christian Zionism di Malaysia, bahkan usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian berpaksikan Zionism.

Oleh hal yang sedemikian, saya terpanggil untuk mendedahkan gerakan licik kumpulan ini melalui fakta dan rujukan buku-buku agar keharmonian dan keamanan semua kaum di Malaysia akan sentiasa terpelihara. Saya amat tersentak dan terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Senator Dr Ariffin Omar bertarikh 19 April 2017 di Parlimen seolah-olah tidak risau malah menyokong sekiranya gerakan ini mahu menubuhkan Bandar Kristian.

Saya tidak melihat bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau adalah secara sinis atau sindiran, kerana sekiranya Pulau Pinang ingin dijadikan Bandar Kristian adalah realistik kerana kerajaan negeri majoriti dikuasai oleh pemimpin parti DAP. Beliau sepatutnya sedar bahawa sidang parlimen merupakan mesyuarat yang membincangkan segala perihal negara. Ini bermakna, segala yang diperkatakan dalam parlimen adalah perkara yang serius dan bukan main-main.

Tuduhan beliau melalui laman web Malaysiakini.com bertarikh 15 Jun 2017 menyatakan bahawa “mereka yang tergamak untuk mempercayai tuduhan tersebut (pembentukan Bandar Kristian) disifatkan tidak berkeupayaan dari segi intelek untuk membincangkan mengenainya” adalah tidak berasas.

Sebagai seorang ahli akademik, beliau seharusnya membuat kenyataan berdasarkan fakta atau sumber yang boleh dipercayai. Oleh itu, saya ingin mencabar beliau untuk membuktikan beberapa perkara;

1) Buktikan bahawa segala hujah yang saya bawakan melalui buku-buku tersebut adalah salah agar semua buku tersebut tidak akan dicetak dan dijual lagi di Malaysia.

2) Buktikan bahawa parti DAP tidak terkait langsung dengan gerakan Christian Zionism.

3) Buktikan bahawa segala kenyataan dan laporan polis yang dilakukan oleh saudara Razali Abdul Rahman pada 15 Mei 2011 tentang DAP mahu Malaysia menjadi sebuah negara Kristian dan Perdana Menteri adalah orang Kristian adalah tidak benar.

4) Nafikan dan buktikan bahawa kumpulan G17 yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin DAP dan dilatih oleh Israel bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan seperti dinyatakan oleh saudara Razali Abdul Rahman adalah tidak benar.

YB Tan Sri Ibrahim Abu Shah
Senator Dewan Negara


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :