Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menafikan dakwaan kononnya beliau telah menghantar sendiri cadangan nama-nama calon Barisan Nasional (BN) di Kemaman kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu berkata, pada hakikatnya perkara itu masih belum dibincang dan diputuskan di peringkat bahagian, justeru dakwaan yang diviralkan itu tidak benar.
Namun beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman menjelaskan, pihak akan meneliti serta memperincikan nama-nama calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU-14) melibatkan empat DUN iaitu Kijal, Cukai, Kemasek dan Air Putih dalam mesyuarat bahagian akan datang.
“Tak betul (hantar nama calon PRU-14 di Kemaman), saya tak hantar pun. Malah kita belum putuskan lagi mengenai siapa calon sesuai.
“Kita akan perincikan perkara itu dan akan putuskan dalam mesyuarat bahagian nanti,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri sesi terakhir sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.