Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan menyiasat dakwaan mengatakan Datuk Mohd. Ezam Mohd. Nor dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan merampas Parti Generasi Baru dengan menukar namanya kepada Parti Bebas Rasuah (PBR).
Ketua Pengarah ROS, Mohammad Razin Abdullah berkata, siasatan itu adalah susulan daripada pendedahan oleh pihak yang mendakwa sebagai pimpinan asal Parti Generasi Baru tersebut di Kuala Lumpur semalam.
“ROS akan menyiasat dakwaan ini,” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.
Beliau ditanya berhubung dakwaan pimpinan asal Parti Generasi Baru menerusi Presidennya, Datuk G. Kumar yang mengatakan kedua-dua individu terbabit telah merampas parti tersebut dengan menukar namanya kepada PBR seperti diumumkan pada awal bulan ini.
Kumar berkata, perkara itu berlaku tanpa pengetahuannya kerana tiada sebarang mesyuarat atau notis dibuat dan tanpa persetujuan lebih 300 ahli.
Jelas Kumar, pihaknya telah membuat laporan polis dan aduan kepada ROS supaya menjalankan siasatan lanjut kerana telah melanggar perlembagaan parti dan undang-undang agensi tersebut.
-UM
Related Posts :
Pakaian, Cium Mulut Nora, Apa Pandangan Ahli Agama?
BAGI yang menyaksikan majlis akad nikah pelakon Nora Danish di ibu negara semalam, pasti ada perasan satu adegan si pasangannya, Nedim … Read More...
Dunia Sudah Berubah, Anak Kita Patut Tonton Filem Gay
Penolong pengarang berita Malay Mail Online, Zurairi Abdul Rahman (A.R) menempelak masyarakat Melayu yang menolak perhubungan seks songs… Read More...
Selagi Tiada Keputusan Muktamar PAS, Tiga Exco PAS Tetap Kekal Dalam Pentadbiran Selangor
Tiga anggota Exco Selangor daripada PAS tidak akan keluar daripada kerajaan negeri diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) selagi tidak me… Read More...
Karpal Cuba Tutup Penipuan Pemilihan parti DAP
Empat tahun yang lalu, pada 17 April 2013, RoS menghantar surat kepada DAP tentang beberapa penyelewengan dalam Kongres dan pemilihan part… Read More...
Ada Apa dengan April?
Gambar hanya sebagai pemanis, nggak ada hubungannya sama isi tulisan
Sudah bulan April, Alhamdulillah. Itu artinya, sudah sepertiga… Read More...