Rasa Gentar Tiada Dalam Diri Haris Untuk Berdepan Dengan Mukhriz



Terkini, bekas Pegawai Khas Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Haris Che Mat menolak dakwaan kononnya beliau takut untuk berdepan dengan bekas bos­nya itu sehingga mereka-reka cerita kononnya berdepan kesakitan.

Menurut Haris, perkara itu sengaja ditimbulkan pembangkang semata-mata bagi memberi gambaran seolah-olah beliau sengaja mengelak daripada berdebat dengan Mukhriz.

‘‘Saya kesal Mukhriz mengeluarkan kenyataan kononnya saya mempunyai penyakit misteri yang muncul secara tiba-tiba sedangkan doktor mengesahkan bahawa saya menghidapi penyakit batu karang.

‘‘Perlu diingat bahawa saya yang membuat cabaran kepada Mukhriz dan bukan sebaliknya. Kalau takut, tidak mungkin saya akan melemparkan cabaran begitu,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Haris menjelaskan, pada 15 dan 16 Januari lalu, beliau sudah mengeluarkan batu karang di sebelah kiri namun sakit yang sama kembali dirasai pada 25 Mac lalu sebelum doktor pada hari ini membuat pengesahan terdapat batu karang yang lain di sebelah kanan pula.
 
"Setakat ini, saya masih mengambil ubat dan kalau perlu, mungkin akan menjalani pembedahan buat kali ke­dua. Terasa sangat sakitnya dan disebabkan itu saya mahu memastikan agar penyakit ini benar-benar pulih sebelum menetapkan kembali tarikh untuk kami berdebat" ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Mukhriz juga mula ‘merapu’ apabila membuat kenyataan dengan me­minta dirinya membuktikan bahawa Timbalan Pre­siden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tersebut mempunyai kekayaan sebanyak RM1 bilion.
 
"Jelas saya katakan pada 23 Mac lalu bahawa perdebatan itu mengenai kekayaan anak-anak Mahathir yang mencecah bilion ringgit dan bukannya beliau seorang saja. Jadi, tolong jangan pusing cerita" katanya.
 
"Selain itu dia juga me­rapu apabila minta saya terangkan mengenai Riza Aziz sedang­kan saya bercakap me­ngenai kekayaan adik beradiknya. Kalau dah jauh sangat merapu dan terpesong, memang saya tak layan­lah" katanya lagi.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :