Persaingan Sengit Diramalkan Dalam Pemilihan Kepemimpinan Kimma




Pemilihan barisan pucuk kepemimpinan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) pada 14 dan 15 April ini dijangka se­ngit berbanding sebelum ini dengan lebih ramai muka baharu khususnya golo­ngan muda bertanding.

Perkara itu diakui oleh Pre­sidennya, Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader yang menjelaskan beberapa jawatan khususnya di peringkat sayap parti bakal me­nyaksikan pertandingan antaranya untuk jawatan Ketua Pergerakan.

Syed Ibrahim berkata, jawatan Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Pergerakan Pemuda Kimma antara yang mencuri perhatian perwakilan pada Perhimpunan Agung Kimma ke-40 itu.

“Untuk Pergerakan Puteri pula, tiada pertandingan pada pemilihan kali ini dengan semua calon menang tanpa bertanding.

“Pemilihan kali ini juga bakal menyaksikan pertandingan me­rebut jawatan Naib Presiden Dan Majlis Tertinggi Kimma. Pere­butan jawatan Naib Presiden dijangka sengit memandangkan terdapat tujuh calon yang bakal bertanding merebut tiga posisi berkenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Perhimpunan Agung Kimma ke-40 yang bakal diadakan di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, Selangor akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengulas lanjut, Syed Ibrahim memberitahu, untuk pemilihan kali ini, Kimma memberi kebebasan kepada Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri untuk menjalankan persidangan masing-masing secara bera­singan.

Kata beliau, tahun ini juga me­nyaksikan persidangan setiap pergerakan diadakan satu hari lebih awal daripada perhimpunan agung.

“Sebelum ini, persidangan se­tiap pergerakan dijalankan se­rentak atau bersama-sama dengan perhimpunan agung pada masa dan lokasi serupa. Untuk kali ini, setiap pergerakan menjalankan persidangan secara berasingan,” jelas beliau.

-UM

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :