Kita tahu bahawa adalah amat sukar untuk parti PAN 'mencuri' pengikut-pengikut parti PAS. Ada tetapi bilangannya terlalu kecil.
Kerana itu kita telah banyak menyaksikan ceramah-ceramah puak PAN ini tidak ada sambutan, malah amat memalukan dan kini, mereka terpaksa bertempek dengan parti-parti pembangkang yang lain supaya tidak malu.
Lebih memalukan lagi apabila ada pemimpin PAN yang dilihat 'memperalatkan' nama Allahyarham Nik Aziz untuk mendapatkan sokongan. Apakah pemimpin PAN tidak ada nilai untuk mendapatkan sokongan di atas nama diri sendiri hingga terpaksa 'menjual' nama orang yang tidak meninggal dunia?
Persoalan ini timbul apabila Husam Musa PAN mendakwa:
Ahli PAS wajib menyertai perhimpunan BERSIH 5 yang dijadualkan November depan kerana ini adalah pesanan bekas mursyidul Am parti Islam itu, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata pemimpin, Datuk Husam Musa.
Husam yang juga adalah bekas naib presiden PAS berkata beliau masih ingat setiap pesanan Nik Aziz agar kepimpinan parti itu mendokong perjuangan bekas rakan sekutunya sebelum iniTentu ramai yang tergelak apabila menbaca omongan Husam ini dan pasti juga akan dikritik hebat.
Nik Abduh Nik Abdul Aziz, yang juga Ketua Pemuda PAS mempersoalkan Husam yang yang kini bersama Amanah, mengapa tidak kekal di dalam PAS sebagaimana yang disuruh oleh bapanya suatu ketika itu.
“Yang kena ikut Tok Guru ialah beliau suruh kekal dengan PAS (tapi) tak ikut.Husam mahukan ahli PAS wajib sertai Beersih kerana 'pesanan Nik Aziz' tapi beliau sendiri tak dengar pesanan Nik Aziz supaya kekal dalam PAS dan setia dengan Presiden PAS?
Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Selangor, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani mengingatkan ahli Pas supaya setia dengan perjuangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti pernah disarankan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, suatu ketika dahulu.Come on ....... Husam. Rakyat dan MiM yakin bahawa ahli-ahli PAS tidaklah bodoh!
Malah, Allahyarham Nik Aziz pernah mengkritik 2 ADUN Pas Selangor, Saari Sungip (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) kerana melanggar keputusan parti dalam kemelut jawatan Menteri Besar Delangor.
"Mahu pindah parti, itu dia punya pasal. Tetapi kalau pindah juga, ertinya dia akan berdepan dengan rakyat yang selama ini memilih dia kerana dia berkempen untuk Pas.Inilah masaalahnya apabila ada ahli politik yang hanya ambil separuh kenyataan orang lain untuk mengaburi orang ramai!
"Kempen untuk Pas, lepas pada itu, pergi parti lain pula. Ini orang tidak siuman kita panggil. Orang yang akil baligh mesti jaga lidah," katanya.
"Kita dalam mana-mana persatuan, sama ada persatuan berbentuk politik, perniagaan, sekolah atau kerajaan, mesti patuh kepada peraturan. Nak langgar peraturan sesuka hati memang tidak betul. Jadi perlu dihukum."
MiM mudah sahaja. Jika Husam mahu orang mendengar cakapnya, beliau dan PAN sepatutnya turut bersetuju dengan saranan Allahyarham Nik Aziz yang berpesan supaya kerjasama dapat dilakukan antara PAS dengan UMNO dalam usaha memartabatkan agenda Islam.
Ada berani bersetuju dengan pesanan ini?
Dalam masa yang sama, kekalutan PAN yang memperalatkan nama Nik Aziz ini untuk menarik ahli PAS supaya turut serta demo haram Bersih 5.0 ini sangat jelas menunjukkan betapa desperado parti PAN untuk membuktikan sama ada mereka bernilai atau tidak kepada DAP boss mereka
Malah, adalah tidak masuk akal waras ini jika PAS mahu lagi bersekongkol dengan puak Bersih 5.0 ini. Sebelum ini, peserta Cina DAP Bersih 4.0 amat kurang ajar apabila mereka memijak gambar 2 pemimpin Melayu iaitu PM Najib Najib Razak dan Hj Hadi Awang.
Beersih Bersih 5.0 berkemungkinan besar akan menjadi satu lagi tempat di mana kita akan menyaksikan perhimpunan yang berat sebelah dari segi peratusan kaum. Majoriti yang hadir nanti adalah kaum Cina DAP dan mereka akan bertindak menghina pemimpin-pemimpin Melayu sekali lagi seperti Beersih Bersih 4.0.
Baca : http://ift.tt/2ddQJQs
Isu ini pasti memeningkan kepala penganjur Beersih dan kita percaya mereka dan PAN sedang berusaha untuk mengumpan lebih ramai kaum Melayu dan India untuk turut serta dalam perhimpunan haram ini.