Perodua Nafi Kempen Myvi Percuma Di Facebook


KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), menafikan bahawa ia menjalankan kempen memberi 15 kereta Perodua Myvi baharu, seperti catatan di akaun Facebook 'Perodua Malaysia Company'.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Zahari Husin berkata Perodua sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan akaun Facebook terbabit.


"Catatan itu dibuat oleh pemilik akaun berkenaan dan kami menasihati orang ramai supaya hanya merujuk kepada saluran rasmi kami untuk sebarang kempen dan promosi," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Saluran rasmi Perodua ialah laman 'MYPerodua' di Facebook, laman web rasmi (www.perodua.com.my), akaun Instagram (MYPerodua_instagram) dan laman web khusus untuk pelanggan yang setia (www.ufirst.com.my), katanya.


Beliau berkata, pada masa ini, Perodua hanya menjalankan satu kempen iaitu 'Golden Prosperity Deals' dengan penjimatan sehingga RM3,888 sebulan yang ditawarkan bagi model terpilih.

Perodua akan mengadakan kempen 'MYPerodua Nation' selama tiga hari bermula 20 Jan, 2017, karnival terbesarnya, di kawasan letak kenderaan Aeon Mall Shah Alam, Selangor.

-mstar


PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"

Subscribe to receive free email updates: