
Seorang wanita meninggal dunia ketika mahu mengundi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dalam kejadian di SMK Pulau Serai Dungun pagi ini.
Menurut sumber mangsa rebah ketika beratur untuk mengundi di saluran mengundi sekolah berkenaan kira-kira jam 10 pagi.
Mangsa adalah isteri kepada bekas kakitangan Telekom Malaysia (TM) dipercayai mengalami masalah kesihatan.



