![]() |
Ahmad Razif di pusat mengundi SMK Kompleks Seberang Takir pagi ini. |
Warga Terengganu hari ini mula keluar menunaikan tanggungjawab mengundi di seluruh daerah negeri ini.
Tinjauan pemberita mendapati rakyat Terengganu hadir ke pusat mengundi Pilihan Raya Umum (PRU14) seawal jam 7 pagi walaupun ia hanya dibuka jam 8 pagi.
Menteri Besar Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri To Puan Seri Halina Zakaria dilihat mengundi di SMK Kompleks Seberang Takir pagi ini.
Di Kemaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ir Rosli Othman dilihat beratur untuk mengundi pagi ini.
Mengikut data terbaru yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Terengganu seramai 736,632 pemilih berdaftar pada pengundian kali ini dan sebanyak 401 pusat mengundi dibuka yang mempunyai 1,433 saluran.
Para pengundi dinasihatkan merancang waktu keluar mengundi mengikut kesesuaian masa bagi mengelak berlaku kesesakan di pusat mengundi.
Pengundi boleh menyemak maklumat pengundian masing-masing seperti nama pusat mengundi dan saluran mengundi melalui aplikasi MySPR Semak atau melalui laman pengundi.spr.gov.my atau melalui sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPR <jarak> SEMAK <jarak> NO.KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888 atau telefon ke talian 03-88927018 atau semak di barung SPR di setiap Pusat Mengundi pada Hari Mengundi. – sumber Terengganu.news












