Sebelum ini, Mahathir enggan turut serta forum di Kelantan. Beliau menganggap panel-panel tidak layak untuk berdebat dengan beliau kerana beliau adalah ketua parti PPBM.
Sebaliknya, Mahathir mahu Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdebat dengan beliau.
1. Dalam hairaki PPBM, Presiden parti tersebut ialah Datuk Seri Mukhyiddin Yassin.
2. Mahathir Mohammad tidak layak kerana parti PPBM bukan sebuah parti yang sah jika dibandingkan dengan UMNO dan PAS.
3. Jika mengikut alasan Mahathir, PPBM perlu sama taraf dengan UMNO dan PAS dahulu sebelum Mahathir boleh mencabar kedua-dua presiden parti.
4. Ketika Dr Mahathir mentadbir negara, beliau tidak pernah berdebat dengan mana-mana pemimpin pembangkang dan walau pun dicabar oleh Anwar Ibrahim.
5. Lagi pun Mahathir telah berkata bahawa debat tidak perlu diadakan kerana tidak mengubah pendirian masing-masing. Beliau merujuk kepada ura-ura debat di antara Najib Razak dan Anwar Ibrahim sebelum ini.
6. Mahathir juga berkata, Anwar Ibrahim sudah lama memburukkan negara di peringkat antarabangsa dan masyarakat tidak perlu mendengar pendebatan seperti itu.
Dan jika kita baca kenyataan Muhyiddin Yassin, Mahathir berkemungkinan besar memegang jawatan sebuah parti haram dan tidak sah!
“Dia nak tunjuk bengis sahaja. Kerja Anwar hanya mahu burukkan imej negara. Orang nak lawan kita tu pun kita kenal lama dah, tak payahlah,” kata Mahathir.
Muhyiddin mengaku parti PPBM tidak dapat memenuhi 2 perkara yang termaktub dalam Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1996 yang berkuat kuasa sejak 28 Februari 2018.
2 perkara tersebut ialah laporan berkaitan mesyuarat bahagian dan juga cawangan parti PPBM. Muhyiddin mengaku bahawa tidak ada cawangan yang sudah didaftarkan.
Maksud mudah, pengerusi parti tidak sah tidak layak untuk mencabar presiden 2 parti yang sah dari segi undang-undang negara.
Sumber
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/400254/ppbm-tidak-mampu-penuhi-dua-tuntutan-ros-muhyiddin
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/mahathir-debat-najib-anwar-tak-perlu-1.20350
