“Genap setahun yang lalu, Kak Fauziah dan pembantu rumah di pejabat dipindahkan dan ditamatkan kontrak oleh kerajaan.
“Hari ini, khidmat pengiring Unit Tindakan Khas (UTK) pula ditarik balik. Perjuangan tetap diteruskan,” katanya di Facebook hari ini.
Pada 4 Mei tahun lalu, bekas ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan khidmat pengiring trafik Dr Mahathir ditarik balik.
Beliau berkata perkhidmatan itu diberhentikan seminggu sebelum itu, namun khidmat pengawal pengiring iaitu pegawai polis dari UTK masih diteruskan.
Menurutnya, tindakan itu terpaksa diambil selepas Dr Mahathir menyertai perhimpunan Bersih, perhimpunan bantah GST, dan kutipan tandatangan untuk deklarasi yang bercanggah dengan peruntukan undang-undang dan perlembagaan negara.
“Saya telah menarik balik khidmat pengiring trafik untuk Tun Mahathir … itu adalah atas keputusan saya sebagai ketua polis negara. Apa guna kita memberi iringan trafik terhadap individu yang melanggar peruntukan undang-undang dan perlembagaan, kita tidak dapat menyokong apa juga perbuatan yang melanggar undang-undang negara,” katanya.
Khidmat polis pengiring, pengawal dan sebagainya adalah KEISTIMEWAAN yang diberikan oleh Ketua Polis Negara kepada orang yang beliau fikirkan perlu. Ianya bukan satu kewajipan. Melainkan untuk Yang Dipertuan Agong, Raja-raja atau Perdana Menteri. Itu terkandung di dalam peruntukan undang-undang. Kepada bekas pemimpin ianya tidak tertakluk.
Jika orang yang diberikan keistimewaan itu menyalahgunakan keistimewaan, KPN berhak menarik balik keistimewaan tersebut. Terbaru, perhimpunan di PJ tempohari tidak ikut lunas undang-undang.
FMT