Selepas beberapa kali asyik berdolak-dalik, Mahathir akhirnya mengakui musuh ketatnya, Anwar Ibrahim hanya menjadi perdana menteri kelapan.
Perkara tersebut diluahkan ketika diwawancara eksklusif oleh Ketua Pengarang The Malaysian Insight, Jahabar Sadiq yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi portal berita propembangkang itu hari ini.
Menerusi temuramah Insight Talk berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Mahathir mengakui Anwar tidak mungkin perdana menteri ketujuh sebagai mana dihasratkan oleh kepimpinan partinya, PKR selama ini.
“Ini bukan isu peribadi, ini pilihan rakyat. Antara sebab kami (PH) tidak menamakan beliau untuk menjadi perdana menteri ketujuh tetapi hanya kelapan kerana Anwar kena tunggu selepas ‘habis’ yang ketujuh itu,” dalih Mahathir.
Jawapan Pengerusi PH itu nyata berbeza dengan sokongan terbuka Mahathir sebelum ini menyatakan Ketua Umum PH tersebut bakal dilantik sebagai perdana menteri ketujuh jika blok pembangkang berkenaan ‘menawan’ Putrajaya.
Umum mengetahui ketika Kongres Nasional Tahunan PKR Ke-12 di Shah Alam, Selangor pada 21 Mei, perwakilan parti itu sebulat suara mengangkat plakad seragam yang bertulis ‘Anwar PM Ke-7’ semasa akhir program tersebut.
Bagaimanapun, Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak berbuat demikian waima beliau turut menerima plakad berkenaan untuk diangkat bersama-sama kepimpinan PKR di atas pentas.
Dalam sesi bual bicara dengan tajuk ‘Selamatkan Malaysia: Sahabat Atau Musuh’ itu, Mahathir sebaliknya pula menegaskan, jika tiada perdana menteri ketujuh, Anwar tidak mungkin akan menjadi penyandang yang kelapan.
Jawapan sinis beliau itu seolah-olah menggambarkan cita-cita tinggi Anwar untuk dilantik sebagai perdana menteri kelapan bakal menerima masalah sekiranya perdana menteri ketujuh tiba-tiba enggan ‘lepas’ jawatan dipegang.
Lim Kit Siang yang turut menjadi tetamu dalam wawancara itu bahkan sependapat dengan Mahathir apabila mengakui Anwar hanya dilantik sebagai perdana menteri kelapan setelah yang ketujuh ‘memberi’ laluan.
“DAP konsisten dengan pendirian untuk akur segala ketetapan PH dalam isu perdana menteri iaitu beliau (Anwar) bakal menjadi perdana menteri kelapan selepas ketujuh berakhir sejajar keputusan pembangkang,” katanya lagi.
Berikut ialah kenyataan penuh mereka berdua dalam sesi temuramah itu serta penegasan mengenai nasib Anwar sebagai perdana menteri baharu dapat disaksikan pada minit ke-20 dan ke atas. – Agensi/Mynewshub

Aakj: Jadi siapakah yang jadi PM ke 7? Anak Siapa?