Foto dari portal pro pakatan haram jadah - tidak edit |
Dalam kenyataannya hari ini, Taufik membuat pengakuan terbuka bahawa:
“Syed Saddiq mesti bertanggungjawab terhadap insiden yang jelas dirancang oleh Armada. Bukan menyalahkan orang lain,”.
Pengakuan Taufik bukan sekadar bahan bacaan politik |
Pengakuan Taufik adalah bukti jelas bahawa beliau adalah saksi utama dalam kekecohan yang berlaku di program bodoh anjuran parti Mahathir dan Taufik jugalah sebagai saksi apabila mengatakan:
“Ini bukanlah pertama kali orang-orang tertentu dalam Bersatu menggunakan taktik lakonan dan cuba menyalahkan pihak lain".
Dan sehingga kini, Syed Disko tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan balas berhubung dengan pengakuan Taufik yang turut mengaku lontaran kerusi dan selipar sebenarnya ditujukan kepadanya dan bukan Mahathir.
Bagaimana seorang juara debat boleh sepi dan tidak menjawap kenyataan serta dakwaan berani dari ahli parti mereka sendiri dan Taufik bukanlah ahli biasa - beliau adalah EXCO Pemuda parti Mahathir.
Mungkin pihak yang bertanggungjawab sudah boleh memanggil Syed Disko dan Taufik untuk mendapatkan keterangan lanjut.
Yang buat program - ahli PPBM
Yang bertanya soalan - ahli PPBM
Yang menjawab soalan - ahli PPBM
Yang melalak - ahli PPBM
Yang baling kerusi bagai - ahli PPBM
Yang salah - UMNO