Hancurkan Dominasi Politik Melayu: Lim Kit Siang, DAP Sudah Boleh Goyang Kaki

Di ketika Mahatir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, selama itulah Lim Kit Siang dan DAP menyerang Mahathir, UMNO dan BN. Apa yang Lim Kit Siang dan Cina DAP tidak hamburkan kata-kata kejian kepada Mahathir, UMNO dan BN. Bukan setakat kata-kata penghinaan tetapi pertuduhan terutamanya skandal kehilangan wang rakyat melalui perjudian FOREX Bank Negara Malaysia. Jumlah yang hilang bukannya sedikit, RM 30 bilion.

Usaha tanpa penat Lim Kit Siang dan DAP bukan terhenti apabila Mahathir meletakkan jawatan Perdana Menteri namun mereka terus menyerang kepimpinan Pak Lah juga.

Serangan tanpa penat Lim Kit Siang bukan sahaja kepada Mahathir tetapi kepada siapa sahaja kepimpinan UMNO BN termasuk Anwar Ibrahim. Ketika itu, PAS turut menjadi balaci DAP dan Kit Siang dan label "Anwar Al Juburi" kepada Anwar datangnya dari PAS yang diketika itu menjadi barua Lim Kit Siang dan DAP. Mat Sabu, antara pemimpin politik Melayu pembangkang yang pertama dilihat begitu seiring dengan Lim Kit Siang dan DAP.


Kenapa Mat Sabu dari awal lagi menggelarkan Anwar Ibrahim dengan gelaran "Al Juburi"?
PAS mula menyerlah menyerang tanpa 'tabayyun' terhadap UMNO dan BN apabila mereka bersama DAP dan Lim Kit Siang. Hanya kerana nampak kononnya DAP dan Lim Kit Siang seperti ingin atau berminat atau mendekati Islam, PAS ditipu terang-terangan dan mula menunjuk betapa jaguhnya mereka menyerang UMNO dan BN tanpa rasa takut dengan dosa memfitnah.

Sebelum ini PAS hanya menyerang UMNO dan BN dengan ayat-ayat Islamik semata-mata untuk takutkan orang Melayu Islam. Termasuklah apa yang diucapkan oleh Hadi Awang melalui 'Amanat' karut beliau - UMNO kafir.


Paling teruk dan memalukan, arwah mursyidul am PAS juga dilihat menari rentak DAP dan Kit Siang.

Beban kerja Lim Kit Siang dan DAP menyerang UMNO dan BN mula ringan sedikit apabila Anwar Ibrahim dibuang dari UMNO dan dipecat dari jawatannya kerana isu jenayah liwat dan salah guna kuasa dan ini sendiri diakui oleh Mahathir tentang salah laku seks luarbiasa itu.

Anda pernah lihat Lim Kit Siang dan keluarganya bersantai mewah sebegini sebelum PAS dan PKR bersama mereka?
Lim Kit Siang dan DAP pada ketika itu mula menggunakan Anwar, isteri Anwar dan anak-anak Anwar sebagai penyerang utama dalam pasukannya. Menjadikan Anwar dan anak pinaknya sebagai penyerang utama membolehkan Lim Kit Siang dan DAP tidak lagi dilihat sebagai 'anti Melayu'. Baginya, matlamat Melayu skrew Melayu sudah hampir sempurna perancangannya. Anwar, isteri, anak-anaknya dan pemimpin Melayu PKR dan PAS mula menjadi ejen Lim Kit Siang dan DAP dalam usaha menghancurkan kekuatan Melayu mendominasi politik negara ini.

Persepsi kononnya Tsunami Politik Cina hanyalah doktrin DAP dan Lim Kit Siang sahaja. Label tsunami itu hanya untuk menutup tsunami yang sebenar - Dominasi Politik Melayu mula hancur. DAP dan Lim Kit Siang sudah mula yakin bahawa Melayu aliran DAP sudah mula muncul dan mereka bertindak cepat dengan membuka pintu kononnya DAP mengalu-alukan Melayu ke dalam parti DAP walaupun hanya seorang saja boneka di letakkan sebaris dalam saf kepimpinan mereka.

Lim Kit Siang dan DAP menggunakan demostrasi bersiri dengan label 'Bersih' untuk mengukur sebanyak mana Melayu aliran DAP dapat dikumpulkan seterusnya dapat dijadikan lembu politik mereka untuk PRU yang mendatang.

Kini, ahad lalu, Lim Kit Siang sudah boleh duduk goyang kaki sepenuhnya dan hanya menggunakan kaedah 'remote' sahaja untuk memastikan lembu-lembu politik mereka kekal berada di landasan yang Lim Kit Siang dan DAP mahukan.

Kawalan Lim Kit Siang dan DAP terhadap Anwar sudah berjaya, menghancurkan PAS yang enggan bersama mereka sudah berjaya dan terbentuklah PAN dan akhirnya wujudnya parti milik Mahathir adalah kemuncak kejayaan kawalan Lim Kit Siang dan DAP terhadap terbentuknya Melayu aliran DAP.

Ahad lalu, Lim Kit Siang hadir di majlis bodoh anjuran parti milik Mahathir, 'Nothing To Hide 2' - beliau dengan senyum lebar melangkah keluar dari dewan tersebut apabila kekecohan Melayu melawan Melayu mula menjadi kenyataan dan beliau menyaksikan sendiri Melayu melawan Melayu, dari riak wajahnya - hatinya begitu puas.

Kit Siang hadir untuk melihat kebodohan Mahathir dan kebodohan anak muda Melayu bergasak sesama sendiri
Kemuncak kejayaan Lim Kit Siang dan DAP adalah pada Ahad lalu di majlis anjuran parti Mahathir. Bukan setakat Lim Kit Siang dan DAP boleh melihat Mahathir terkial-kial berbohong dalam jawapan yang sebenarnya bukan jawapan kepada soalan-soalan tersebut tetapi boleh melihat bagaimana anak-anak muda Melayu seawalnya sudah bermusuhan sesama sendiri dan berlawan sesama mereka. Tembok dominasi politik Melayu jelas semakin runtuh dan Lim Kit Siang akan mula menangguk di air keruh.

Bagi yang kekal menyokong Mahathir, Lim Kit Siang dan DAP akan biarkan tetapi yang masih kekal anti Mahathir di dalam majlis tersebut, Lim Kit Siang dan DAP akan ambilnya sebagai lembu-lembu politik mereka untuk berhadapan bukan sahaja dengan kumpulan tegar yang menyokong Mahathir tetapi akan menjadi penyerang Melayu UMNO teras parti orang Melayu di negara ini.

Sehingga artikel ini ditulis, Lim Kit Siang tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan samada menyalahkan UMNO atau sebaliknya walhal Lim Kit Siang juga antara hadirin yang bersama di dalam majlis bodoh tersebut. Jelas, bagi Lim Kit Siang dan DAP, Melayu skrew Melayu sudah berjaya dan tidak perlu lagi beliau camportangan. Biarlah Melayu sesama Melayu bergasak sesama sendiri.

Akhirnya Lim Kit Siang dan DAP sudah boleh rehat dan goyang kaki.
BACAMelayu Aliran Pembangkang Sudah Bersedia Menerima Perdana Menteri Dari DAP





Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :