Ugut Polis, Empat Ditahan Dipercayai Geng 04



Empat individu berusia antara 25 hingga 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian membaling bom petrol di hadapan pagar Ibu pejabat Polis (IPD) Kuala Muda, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, kesemua mereka ditahan antara pukul 1 hingga pukul 3 pagi ini sekitar Sungai Petani. 


“Turut dirampas, sebuah motosikal jenis SYM Sport Bonus yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. 


“Salah seorang daripada mereka iaitu suspek yang berusia 30 tahun mempunyai tujuh rekod lampau berhubung kes judi, mendatangkan kecederaan dan menyebabkan bencana,” katanya. 


Keempat-empat mereka direman selama empat hari sehingga 26 Julai depan bagi membantu siasatan. 

Akhbar hari ini melaporkan dua lelaki dipercayai ahli kongsi gelap Geng 04 membaling bom petrol di depan IPD tersebut kira-kira pukul 3.30 pagi semalam selain membuat kain rentang berwarna putih yang tertulis ugutan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

- UM

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :