Tak habis-habis Rafizi Ramli si Naib Presiden PKR ini buat onar.
Apa lagi yang dia mahu? Menuding jari fitnah dan tohmah orang itu dan orang ini. Bila kononnya ‘berkeyakinan’ penuh terhadap orang yang difitnahnya, boleh pula buat akaun bersumpah (SD) untuk mengiyakan apa yang difitnahnya.
Tetapi kalau tersalah tuding, buat senyap begitu sahaja. Namun dalam kes fitnah terbaharunya kelmarin, tahu pula dia minta maaf kerana mengaitkan Florence Goh dengan pelobi Amerika Syarikat.
Rafizi ini banyak kes memfitnah. Perhatikan apa yang terpapar dalam kolum ini. Berderet sampai turun naik mahkamah.
Salah satu yang paling ‘klasik’ dan mengejutkan dari senarai fitnah atau adu-dombanya adalah menjaja isu ‘cincin’ sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) hanya untuk menimbulkan kebencian rakyat.
Kemudian setelah diheret masuk ke mahkamah dan disoal, barulah si Rafizi ini bersuara bahawa kenyataan isu cincin isteri pemimpin kerajaan itu hanyalah lawak jenakanya.
Seolah-olah sesiapa sahaja yang membuat fitnah boleh lepas dengan alasan lawak jenaka.
Tanpa merujuk kepada sesiapa, kita cukup risau kemungkinan ‘kegilaan’ menabur fitnah termasuk dalam kumpulan sakit jiwa, antaranya ‘psikopat’. Apabila fitnah telah membelenggu mangsa fitnah, minta maaf sekali pun tidak berguna kerana kebinasaan telah pun berlaku.
* Penderita Psikopat ini antaranya memiliki ciri-ciri berikut:
* Pandai menciptakan kebohongan yang sempurna
* Memiliki kemampuan menguasai emosi orang lain bahkan memanipulasinya.
* Lemah dalam mengawal emosi dan mampu menyimpan dendam dalam waktu yang lama serta menunggu ada kesempatan untuk membalas.
* Cerdas, serta pandai memanipulasi ekspresi .
* Tidak memiliki empati (respons) atas rasa sakit atau kedukaan orang lain.
* Memiliki keegoan yang tinggi.
- UM