Umum Anwar Jadi PM, Mahathir Anggap Pakatan Harapan Syok Sendiri



Nampaknya isu yang membuat ketegangan dalam puak Pakatan Harapan masih isu yang sama, iaitu mengenai calon perdana menteri yang sesuai jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan menjelang tidak lama lagi.

Sehingga ke hari ini, puak pembangkang ini masih bertegang urat mengenai calon perdana menteri. Ini kerana masing-masing sudah mempunyai calon yang ‘terbaik’ untuk dicalonkan.

Jika mengenai calon perdana menteri pun tak boleh mencapai kata sepakat, bagaimana puak Pakatan Harapan ini begitu yakin mereka mampu mentadbir negara?

Semalam, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengumumkan kaji selidik yang dilakukan Invoke Malaysia. Rafizi mendedahkan dapatan kaji selidik Invoke Malaysia yang menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan paling banyak, iaitu 23.5%, diikuti Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan undian 17.6%.

Manakala Tun Dr Mahathir Mohamad pula menjadi pilihan ke-3 popular (16.5%) diikuti Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin (12.6%).

Kaji selidik yang diumumkan Rafizi itu menyenaraikan 9 pemimpin pembangkang, termasuk dirinya, mewakili PKR, Bersatu dan PAS, manakala tidak ada pemimpin dari PAN mahupun DAP yang merupakan sebahagian Pakatan Harapan.

Namun bagaimanapun, Mahathir menganggap Pakatan Harapan hanya syok sendiri bila mengumumkan Anwar jadi perdana menteri.

“Bila menang boleh buatlah, kalau belum menang nak bubuh nama sendiri itu syok sendiri,” kata bekas perdana menteri itu.

Mahathir berkata, calon Perdana Menteri hanya boleh ditentukan sekiranya Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum ke-14, walaupun dalam Kongres PKR pada Ahad lalu mengangkat plakad “Anwar PM ke-7”.

Kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, hasrat PKR itu akan terkubur sekiranya Pakatan Harapan gagal menumbangkan UMNO-BN.

“Dia (Anwar) salah seorang calon… dia belum tentu lagi. Kalau tak menang, siapapun tidak boleh jadi perdana menteri. Apa yang utama kita menang,” kata Mahathir.

- Utara News

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :