Lawan DAP Demi Islam, Pensyarah UUM Lancarkan Memorandum



Telah jelas bahawa parti rasis dan cauvinis DAP yang diterajui Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng Siang selama ini bukanlah pejuang negara sekular yang bebas dari pengaruh agama, sebaliknya cuba membawa agenda kristianisasi.

Ini boleh dibuktikan menerusi buku ‘Becoming Hannah’ yang ditulis oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor merangkap ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh dari parti DAP, yang telah mencetuskan bualan hangat baru-baru ini.

Buku tersebut telah mendedahkan bahawa parti rasis dan cauvinis DAP bukanlah pejuang negara sekular yang bebas dari pengaruh agama. Malah buku tersebut sememangnya wajar diharamkan.

Jika sebelum ini Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff telah buat laporan polis terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor itu berkenaan buku ‘Becoming Hannah’ yang didakwanya berusaha untuk memujuk, mempengaruhi atau menghasut orang ramai cenderung kepada agama Kristian.

Hari ini, Kamarul Zaman telah melancarkan memorandum untuk lawan DAP demi Islam. Beliau memulakan inisiatif penyediaan memorandum bagi mendesak Pendaftar Pertubuhan (RoS) memberi surat tunjuk sebab kepada DAP.

“Kepada ahli-ahli akademik yang sedang berkhidmat di universiti-universiti tempatan, sukacita dimaklumkan bahawa saya telah memulakan inisiatif untuk menyediakan satu memorandum bagi mendesak Pendaftar Pertubuhan (RoS) memberi surat tunjuk sebab kepada DAP.

“Mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan dan seterusnya membatalkan pendaftaran DAP jika DAP gagal memberi representasi yang memuaskan kepadanya.

“Asas utama yang kami gunakan di dalam memorandum ini adalah bahawa banyak daripada aktiviti-aktiviti atau hal-ehwal DAP yang berlawanan dengan, atau berkurangan atau bertentangan terhadap, atau tidak mengambil kira mengenai kedudukan agama Islam sebagai agama Malaysia,” kata Kamarul Zaman dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Kata Kamarul, setakat hari ini, lebih daripada 100 ahli akademik daripada universiti tempatan dari seluruh negara sudah bersetuju untuk memberikan tandatangan kepada memorandum tersebut.

“Setakat ini sudah lebih 100 ahli akademik yang sedang berkhidmat di universiti-universiti tempatan, termasuk 18 Profesor dan 24 Profesor Madya, yang bersetuju, di atas kapasiti peribadi mereka, untuk menjadi penandatangan kepada memorandum ini,” kata Kamarul Zaman.

Boleh dikatakan apa sahaja perkara berkaitan cara hidup Islam akan ditentang parti rasis dan cauvinis DAP, namun parti itu berkali-kali menafikan tuduhan anti-Islam yang diberikan kepadanya. Malah sehingga bertegas mahu mengambil tindakan mahkamah. 

- Utara News

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :