Harga diesel turun sebanyak 13 sen kepada RM1.95 seliter.
Dalam bentuk infografik, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam laman sesawang menyebut harga baharu mingguan itu berkuat kuasa pada pukul 12.01 tengah malam ini.
Pada minggu sebelum ini iaitu Khamis lepas hingga hari ini, harga runcit mingguan bagi petrol RON95 ialah RM2.11 seliter, RON97 (RM2.39) dan diesel (RM2.08) seliter.