PAS : Walaupun Tewas, Parti Baharu Tidak Akan Ditubuhkan



Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang akan mempertahankan jawatannya yakin pihak yang kalah dalam pemilihan parti itu kali ini tidak akan meninggalkan perjuangan dan menubuhkan parti baharu.

Mohd. Amar yang juga Menteri Besar berkata, berbanding edisi terdahulu, pemilihan sempena Muktamar Tahunan Pas di Kedah pada hujung bulan ini lebih bersifat persahabatan.

Malah beliau yakin perwakilan yang bakal menghadiri muktamar tersebut adalah kumpulan yang matang dan bijaksana dalam membuat keputusan.

“Peluang saya dalam pemilihan kali ini sama baik dengan calon-calon yang lain. Pertandingan ini bersifat 'persahabatan' manakala perwakilan pula matang dan bijaksana.

“Saya percaya mana-mana calon yang kalah tidak akan menubuhkan parti baharu," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menjelang Muktamar Tahunan Pas Ke-63, Mohd. Amar dan dua lagi penyandang Naib Presiden iaitu Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad mengesahkan akan mempertahankan jawatan masing-masing.

Mereka bakal dicabar oleh muka baharu iaitu Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan manakala Datuk Takiyuddin Hassan yang turut dicalonkan telah menarik diri.

habis

UM

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :