Naib Presi den Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menjangka pemilihan parti itu sempena Muktamar Pas Pusat Ke-63 di Alor Setar, Kedah pada penghujung bulan ini bakal berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh dengan semangat persaudaraan.
Beliau yang mengesahkan untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan itu berkata, pertandingan kali ini diibarat seperti perlawanan persahabatan iaitu kalah atau menang tidak akan menjadi keutamaan.
“Saya rasa pemilihan kali ini akan berlangsung aman dengan semangat persaudaraan yang kuat dalam kalangan calon bertanding. Pemilihan kali juga tidak akan sepanas muktamar dua tahun lalu.
“Tidak ada masalah pertandingan kali ini di mana menang atau kalah (calon bertanding) semuanya kawan-kawan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.
Sementara itu, mengulas mengenai kemenangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mempertahankan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, Mohd. Amar berkata, perkembangan itu membuktikan sokongan padu akar umbi terhadap kepimpinan sedia ada.
Timbalan Menteri Besar itu berkata, seluruh ahli telah mengiktiraf gandingan Abdul Hadi dan Tuan Ibrahim untuk terus mengemudi kepemimpinan Pas.
“Saya lihat ini perkembangan yang cukup baik apabila Presiden dan Timbalan Presiden menang tanpa bertanding,” katanya.
Pemilihan parti itu tahun ini dilihat lebih mudah kerana tiada lagi ‘campur tangan asing’ yang akan mengganggu proses tersebut kerana Pas kini berdiri sendiri setelah tidak lagi berada satu kapal dalam Pakatan Harapan yang diketuai DAP.
Dalam pemilihan lalu di Kuala Selangor, berikutan pengaruh DAP, Pas berpecah apabila sekumpulan pemimpin yang diketuai oleh bekas Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu membuat keputusan meninggalkan Pas dan menubuhkan parti baharu, PAN.
-UM