Isu IPIC Dan 1MDB : Ini Penjelasan Sebenar



Dua tahun lalu, antara perkara yang cukup hangat dibangkitkan oleh pembangkang adalah pertikaian pembayaran sebanyak dua kali oleh 1MDB kepada IPIC. Pembayaran ini sebenarnya agak pelik memandangkan ianya dilakukan oleh 1MDB tanpa ada sebarang bukti pembayaran. Atas alasan inilah pihak pembangkang mendakwa 1MDB telah menyelewengkan wang SRC yang didakwa disalurkan terus ke akaun Perdana Menteri.

Hakikat sebenarnya, menerusi fakta terkini yang dikeluarkan oleh IPIC, pihaknya dalam satu kenyataan Bursa Saham London, IPIC menyatakan 1MDB tidak pernah membayar dua kali ganda seperti yang didakwa kepada IPIC.


1MDB hanya pernah membayar sebanyak AS $3.5 bilion kepada IPIC dalam pelbagai bayaran kepada IPIC. Namun, kemelut ini bermula apabila IPIC menafikan pembayaran berkenaan di buat. Namun, tanpa ada sebarang desakan mahupun suruhan, IPIC dengan jelas telah mengakui dalam satu kenyataan mereka bahawa bayaran itu ada dilakukan.

Dalam kenyataan berkenaan, pihak IPIC menyatakan, pihaknya juga telah bersetuju untuk memasuki perbincangan dengan niat yang baik berhubung kepada pembayaran yang dibuat oleh 1MDB Group kepada entiti tertentu. Ini bermakna bon AS$3.5 bilion itu akan diselesaikan berdasarkan kepada wang dari bayaran-bayaran tersebut.

1MDB juga tidak melepaskan hak untuk menyaman IPIC jika tiada persetujuan dicapai berkenaan pembayaran ini menjelang tahun 2020. Dalam kenyataan yang sama, pihak IPIC juga menyatakan bahawa 1MDB tidak pernah membayar tambahan AS$2.5 bilion kepada IPIC dan tidak akan membayar AS$2.5 bilion kepada IPIC.

1MDB akan menggunakan wang yang akan dijana daripada unit dana AS$2.5 bilion yang sedia ada yang telah dijamin oleh Aabar. Berikut merupakan cara bagaimana AS$2.5 bilion itu akan digunakan:

1. Membayar balik IPIC AS$ 1.2 bilion yang merangkumi AS$1 bilion yang mereka bayar kepada 1MDB pada bulan Jun 2015 dan AS$200 juta yang telah IPIC bayar untuk faedah ke atas bon AS$3.5 bilion pada tahun lepas.

2. 1MDB akan menyimpan AS$1.3 bilion yang selebihnya untuk membayar faedah ke atas bon AS$3.5 bilion sehingga tarikh matang.


Melihat kepada cara ini, terdapat sedikit perbezaan dari penyelesaian yang diumumkan semalam dengan persetujuan pertukaran aset pada bulan Jun 2015. Mengikut perjanjian asal, tiada wang yang datang dari Kementerian Kewangan sama sekali. Namun begitu, walau apa jua cara penyelesaiannya, ia lebih kepada memperakui bahawa 1MDB telah melakukan urusniaga yang betul dan ianya sama sekali jauh daripada apa yang didakwa IPIC sebelum ini.

Sebelum ini, pihak Jabatan Peguam Negara dalam saman sivil pada Julai 2016 menyatakan, kehilangan ini adalah disebabkan oleh hakikat bahawa 1MDB pernah mengeluarkan kenyataan, mereka telah membayar wang itu kepada IPIC tetapi IPIC ketika itu telah berkata sebelum ini pada tahun 2016 bahawa mereka tidak menerima wang itu.

Oleh yang demikian, dalam saman berkenaan menyifatkan, terdapat kehilangan wang telah berlaku dalam urusniaga berkenaan. Bertitik tolak dari sinilah dakwaan pengubahan wang haram timbul sehingga ianya dipolitikkan oleh pihak pembangkang dengan mengaitkan Datuk Seri Mohd Najib, Reza Aziz dan Jho Low sebagai penerima wang berkenaan.

Kesimpulannya sekarang, IPIC telah mengakui bahawa bayaran itu wujud dan mereka ada menerimanya. Oleh yang demikian, sepatutnya tidak ada dakwaan “wang yang hilang” dan lebih tepat lagi tiada lagi tohmahan liar yang mendakwa terdapat pengubahan wang haram yang dibayar terus kepada Datuk Seri Mohd Najib, Reza Aziz mahupun Jho Low.

-pru14.tv

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :