Keengganan Lim Guan Eng melepaskan jawatan Ketua Menteri sekali pun dituduh di mahkamah kerana dua kes rasuah menunjukkan DAP membelakangkan undang-undang negara.
Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP), Zulkifli Mohd. Nor berkata, pemimpin DAP hanya mengutamakan kepentingan dan kedudukan politik sehingga ke tahap mengetepikan undang-undang.
Zulkifli yang juga bekas Naib Pengerusi DAP berkata, Guan Eng bukan sahaja tidak mempamerkan kepimpinan melalui teladan, malah disifatkan telah mencabuli pendirian parti itu yang sebelum ini berteraskan sosialis dan keterbukaan.
“Beliau seolah-olah tamak jawatan dan sanggup ‘cipta’ undang-undang sendiri yang akan menguntungkannya.
“Tindakan Guan Eng yang mempertikaikan undang-undang sangat memalukan kerana Ahli Parlimen Bagan itu menyebabkan pihak luar memandang serong terhadap Malaysia,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Zulkifli berkata, rakyat negeri ini juga menanggung malu dengan tindakan Guan Eng yang tidak melepaskan jawatan seperti dilakukan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, Datuk Abd. Latif Bandi selepas didakwa terlibat rasuah.
Malah katanya, semua ahli DAP pada ketika ini seperti diikat mulut kerana terpaksa mengikut corak pemerintahan Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang yang menguasai parti itu.
“Saya pasti perjuangan sebenar DAP satu ketika dahulu telah hilang selepas Dinasti Lim menunjukkan keangkuhan mereka sebaik sahaja merampas negeri ini pada 2008," katanya.
-UM