PM, TPM 'Call' Azmin Ali Jam 6 Pagi


Biar pun berbeza ideologi politik dan adakalanya mereka saling berbahas di dewan rakyat dan di pentas politik dengan pelbagai isu namun sikap profesional dan matang dalam berpolitik elok diteladani oleh penyokong-penyokong diakar umbi agar tidak bersengketa dalam semua perkara.

Dato'Seri Azmin Ali melalui akaun twitter miliknya merakamkan ucapan terimakasih kepada Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalannya Dato'Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menjadi antara pemimpin yang terawal menghubungi beliau bagi mengucapkan Takziah seawal jam 6.00 pagi tadi.

Jiwa besar antara pemimpin-pemimpin ini seharusnya turut diteladani oleh rakyat.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :