HARI ini sebahagian rakyat Malaysia mula menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M) secara baucar manakala pembayaran secara terus ke akaun bank akan dibuat pada 22 Februari 2017. Sebarang pertanyaan/semakan boleh menghubungi talian hotline BR1M, 1800 88 2716. Sehingga 31 Januari 2017, sebanyak 5,153,238 permohonan BR1M telah diluluskan.
Banyak kisah suka duka penerima BR1M yang jarang didedahkan. Menerusi facebook Setiausaha Akbar Perdana Menteri Akmar Hisham Mokhles beliau berkongsi kisah sebenar bagaimana seorang pakcik bersyukur menerima BR1M yang membolehkan beliau keluar dari kemelut kewangan yang membelenggu ketika itu.
Salah satu kisah yang saya ingin kongsi ialah ketika di satu majlis penyerahan bantuan tersebut di sebuah daerah di Terengganu beberapa tahun lalu. Saya sengaja duduk di kalangan penerima bantuan dan sambil penerima sebelah saya menunggu giliran dipanggil untuk naik ke pentas kami bersembang.
Saya tanya kepada pak cik ni ke mana wang yang diterima akan dibelanjakan. Walaupun kami tak kenal satu sama lain, namun pak cik yang bekerja sebagai nelayan ni tak segan untuk bercerita kepada saya betapa pentingnya bantuan tersebut kepada dia. Katanya, wang yang akan diterimanya dari PM akan digunakan terus untuk membayar tunggakan sewa rumah selama 2 bulan, bayar hutang kedai runcit dan yang paling penting katanya dia nak hantar RM100 kepada anak perempuannya yang belajar di Universiti Malaya.
Bila masuk bab ni, tiba-tiba jer air matanya menitis. Saya tanya kenapa pak cik menangis. Terus dia bercerita bahawa sudah banyak bulan dia tidak dapat menghantar wang kepada anak perempuannya. Sedih tu memang sedih katanya. Dia pun tak pasti anaknya cukup makan atau tidak di sana kerana mereka orang miskin dan tak punyai wang lebih untuk dikirim.
Bila dapat bantuan begini, keluarga mereka rasa bersyukur sangat. Tak bimbang kena halau dari rumah sewa, malu dengan tauke kedai hilang bila dapat bayar hutang dan yang paling menggembirakan dia ialah anaknya ada duit tambahan untuk berbelanja. Inilah antara kisah suka duka penerima BR1M. Ada banyak lagi kisah kesusahan penerima BR1M ini.
Bagi saya, kalau kita faham tentang kesusahan mereka, pasti kita tak akan tergamak memperlekehkan golongan penerima BR1M kerana mereka memang benar-benar memerlukan bantuan.
Ada antara mereka ini merahsiakan kesusahan mereka kerana tidak mahu menyusahkan orang lain. Setidak-tidaknya dengan BR1M, kerajaan dapat membuatkan rakyat sedikit tersenyum dan menarik nafas lega dalam meneruskan kehidupan.
Peringatan untuk diri kita sendiri juga, jangan perlekehkan bantuan yang meringankan beban seseorang yang lain semata-mata kita berada dalam situasi yang selesa.

PRU14.tv