Skandal Seks: Anina Cabar Pembantu Peribadi Dedahkan Bukti?


Akhirnya Anina membuat penjelasan tentang 'skandal seks' yang melibatkan beliau walaupun mengambil masa yang lama. Kini baru beliau bercakap tentang bukti, kononnya bukti tidak pernah ditunjukkan jadi tidak ada keperluan untyk beliau membela diri.

Anina mungkin beranggapan rakyat Malaysia ini semuanya bodoh. Bukti berada ditangan pembantu beliau sendiri. Dan sekiranya tidak ada bukti maka Anina tidak akan dipecat. Apbila dipecat Anina hanya gunakan alasan beliau sudah lama tidak berminat dengan jawatan tersebut. Beliau pusing keliling satu Malaysia dan kata tidak minat. Tidak berminat bermakna dari hari pertama sudah menolak tawaran tersebut dan bukannya pusing keliling lagak bagai pemimpin nombor 1.


Penafian Anina seperti yang disiarkan oleh Sinar Online di bawah dilihat hanya untuk menyedapkan teliang dan Anina tidak membawa apa-apa bukti untuk menyanggah apa yang didedahkan oleh bekas pembantu peribadinya. Baca di SINI.


Timbul juga kesangsian. Adakah bekas pembantunya sudah "dibeli" maka Anina berani dan seakan berlagak muncul di hadapan media untuk membuat penafian bodoh?

Dari Sinar Online:

"Saya mendiamkan diri kerana tiada bukti kukuh mengaitkan diri saya dalam hal itu," demikian respons Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Anina Saadudin berhubung skandal seks yang dikaitkan dengannya.

Katanya, setakat ini tiada sebarang bukti kukuh bagi mensabitkan dirinya dalam hal itu.

“Saya tiada sebarang komen terhadap skandal seks yang dikatakan ditujukan kepada saya kerana tiada apa-apa bukti menunjukkan saya sebagai individu terlibat.

“Selagi tidak ada bukti, saya tidak akan berkata apa-apa sebab saya tidak nampak asas bahawa saya terlibat hal tersebut. Oleh sebab itu saya mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang kenyataan berkenaan hal tersebut,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis pelancaran Bersatu di Stadium Malawati, di sini semalam.

Kata Anina lagi, dakwaan skandal seks itu menggambarkan dirinya begitu penting dalam dunia politik tanah air sehinggakan taktik kotor itu digunakan bagi menjatuhkannya.

“Bagi saya ia tidak mengejutkan, kerana mungkin kehadiran saya dalam politik negara maka saya dikaitkan dengan hal tersebut.

“Tetapi ia tidak langsung menjatuhkan saya. Malah sokongan rakyat akar umbi makin bertambah kuat kepada saya,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, meskipun bukan lagi Ketua Srikandi Bersatu, kehadiran pada majlis pelancaran itu sebagai komitmennya yang merupakan salah seorang daripada tujuh pengasas Bersatu.

“Saya adalah antara pengasas Bersatu. Saya perlu datang kerana komitmen saya untuk menentang kerajaan kleptokrat dan berdiri kukuh di belakang Tun Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi Bersatu). Gagasan Mahathir itu akan saya sokong hingga ke akhir perjuangan saya.

“Saya tiada rasa apa-apa tetapi bangga dapat bersama dengan pucuk kepimpinan Bersatu. Paling mengembirakan saya kehadiran ahli yang datang dari seluruh negara tanpa perlu peruntukan kepada mereka,” katanya.

Kata beliau, objektif dalam perjuangan adalah untuk menyelamatkan Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digugurkan.

“Saya difahamkan saya bukan lagi Ketua Srikandi, namun itu bukan isunya. Ketika awal Bersatu ditubuhkan, saya telah menolak beberapa kali jawatan itu kerana ia bukanlah objektif perjuangan saya,” katanya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :