Terbaru, tudung Duckscarves edisi terhad bertemakan Bandaraya Kuala Lumpur berharga RM800 sehelai habis dijual dalam masa 5 minit di outlet tudung tersebut yang terletak di Pavilion.
Menurut sumber, tudung tersebut dibuka untuk jualan pada pukul 10 pagi, namun ia telah habis ddijual sebelum dibuka kerana ada yang telah menunggu di hadapan kedai seawal jam 1 pagi.
Ada yang datang awal menulis nama untuk memesan tudung tersebut seawal jam 7 pagi mengikut giliran.
Ia sekaligus menimbukan spekulasi di media sosial. Ada yang menganggap tudung tersebut terlalu mahal dan ada yang sanggup berjaga pada pukul 1 pagi untuk membelinya.
Duckscarves edisi terhad Kuala Lumpur warna merah jambu pudar tersebut dibuat dengan kain yang berkualiti tinggi dan bertatahkan 200 butir batu kristal Swarovski.
Buat masa ini tudung tersebut memang dah sold out. Bagaimanapun bagi mereka yang terlepas peluang membelinya, ia akan dijual untuk fasa kedua yang akan diumumkan di Instagram The Duck Group.
SUMBER