Elizabeth Wong Peluk Islam?


Tular di merata medium internet, baik di facebook, aplikasi WhatsApp, twitter maupun instagram. Semua bertanya siapakah ini yang mukanya mirip Elizabeth Wong, wakil rakyat Dun Selangor yang suatu waktu dahulu diselamatkan oleh Anwar Ibrahim.

Anwar selamatkan Elizabeth Wong dari skandal seks dengan teman lelaki Melayunya, 'Hilmi' yang sehingga ke hari ini masih belum tampil kerana dikatakan melarikan diri ke Indonesia. 

Muncul dan tularnya gambar Elizabeth Wong dalam keadaan separuh bogel yang mendakwa gambar beliau itu diambil oleh teman lelakinya dengan 'kapsyen' baru selesai berzina. Dan Hilmi yang juga bekas pegawai khasnya tidak menafikannya sehingga hari ini.

Dan beliau mula mendapat jolokan nama baharu - Eli Kangkang


Kecewa dan malu kerana tindakan bodoh teman lelakinya itu, Elizabeth Wong akhinya menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan namun beliau 'diselamatkan' oleh Anwar Ibrahim dan kekal sehingga hari ini. Mungkin bagi pengundi beliau yang majoritinya cina DAP. 

Maruah pembangkang bakal tercalar sekiranya Elizabeth Wong meletak jawatan. Zina adalah urusan peribadi seperti juga kaki lubang najis seperti Anwar Ibrahim, selagi boleh memimpin maka ianya naluri hidup yang tidak salah - inilah doktrin penyokong tegar pembangkang. Malah kalau peminum arak yang tegar juga bukan satu isu bagi pembangkang. Mereka mabuk kuasa dan harta.


Kalau benarlah ini gambar Elizabeth Wong yang juga Exco Pelancungan Selangor dan beliau telah memeluk Islam maka alhamdulillah. Malah mungkin beliau mula insaf dengan segala aktiviti dosa yang beliau lalui sepanjang hidup beliau. Sehingga kini beliau masih belum bersuami. 

Ketika kecoh isu gambar "keadaan selepas seks", ada sumber mengatakan teman lelakinya marah kerana Eizabeth Wong juga dikatakan menjalinkan hubungan dengan Tian Chua. Sejauh mana benarnya cerita tersebut hanya Tian Chua dan Eli Wong sahaja yang tahu. Ada sebab teman lelaki Melayu Eli Wong sebarkan gambar tersebut.

Namun kalau ini hanya sebahagian cara untuk menarik undi Melayu dan isyarat bahawa Elizabeth Wong ingin lagi menjadi calon PKR pada PRU14 akan datang maka menggigit jarilah orang yang bercita-cita mengambil alih tempat Eli Wong itu. Bagi Elizabeth, beliau yakin, isu moral buruknya bukan satu isu dan Melayu Selangor mudah ditipu. 


Mungkin beliau belajar dari mentor besar cina pembangkang di Malaysia, Lee Kuan Yew. Bersongkok ketika masuk kampung. Melayu Singapura terpedaya dan memberi undi kepada beliau.

Bukan sahaja Eli Wong, Hannah Yeoh adun DAP Subang Jaya juga kerap menyarung baju kurung dan masuk masjid di Subang Jaya dan semuanya demi undi. Ketika itu penyokong PAS bertakbir kononnya Hannah Yeoh berminat dengan Islam. Yang sebenarnya mereka hanya minat dengan undi Melayu.

Sehingga artikel ini ditulis. Hannah kekal sebagai penganut dan pendakwah tegar kristian evangelis dan didakwa terlibat dalam skandal kewangan gereja satu ketika dulu - berjuta ringgit jugalah dengarnya.


InsyaAllah. Tidak mustahil bagi Allah swt untuk memberikan mereka hidayat. Nilailah dan berdoalah. Kalau niat mereka untuk persendakan Islam dan hanya untuk undi maka tunggulah hukuman yang bakal mereka terima dari Sang Pencipta. 



Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :