Pribumi dan PAN adalah parti yang gagal. Satu-satunya parti lain selain DAP dalam Pakatan yang boleh diharapkan adalah PKR. Tetapi Mahathir tidak lama lagi akan mengawal PKR apabila Azmin singkirkan Wan Azizah dan mengambil alih sebagai Presiden. Jadi, sebelum itu berlaku, Kit Siang mahu mengawal separuh daripada PKR melalui Saifuddin. Dan ianya tejadi semalam tanpa ramai orang menyedari apa yang sedang berlaku.
Mahathir mengawal PKR melalui Azmin dan kini Anwar dan keluarga akan jadi sejarah.
Hakikatnya bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah membunuh Anwar Ibrahim tidak dapat dipertikaikan. Tiada siapa yang bercakap tentang dia lagi atau menganggap beliau relevan dalam perkara yang lebih besar ini. Walaupun pasukan Financial Times Confidential Research tidak menyebut nama Anwar dalam analisis terbaru mereka terhadap politik Malaysia – yang meramalkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menunjukkan prestasi yang baik pada pilihan raya umum akan datang dan yang mereka meramalkan akan diadakan pada suku ketiga tahun ini.
Politik Anwar telah berkubur, jika kita boleh panggilkannya seperti itu, telah memberikan Mentri Besar Selangor, Azmin Ali kelebihan berbanding presiden parti PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak perempuannya, Nurul Izzah Anwar. Sekarang Azmin boleh mengambil masa dan memusnahkan ibu dan anak perempuan pada masa sesuai. Azmin perlu menunggu dua minggu lagi, walaupun, apabila rayuan Anwar ke atas pengampunan diputuskan oleh mahkamah. Setelah mahkamah menutup pintu terhadap Anwar, dia akan menjadikannya sebagai sejarah dan tidak lagi dilihat sebagai penggerak dan penggoncang politik Malaysia.
Isteri dan anak perempuan Anwar akan mengikuti beliau ke ‘laut’ selepas 18 Januari 2017
Dengan Anwar, Wan Azizah dan Nurul dihantar ke ‘padang ragut’, pertempuran ‘battle royale” itu akan berlaku antara Azmin dan pengkritik beliau. Dan yang mengepalai pasukan pengkritik tersebut adalah Saifuddin Nasution, yang baru sahaja dilantik sebagai penasihat strategik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Saifuddin sentiasa membenci Azmin dan dia tidak sembunyikan hal itu. Pada tahun 2008, Saifuddin begitu marah dengan Azmin hingga membuatkan dia merajuk dan keluar parti untuk menyertai kerajaan PAS di Kelantan. Pada tahun 2010, ketika Anwar memujuk beliau untuk kembali kepada PKR, Saifuddin menetapkan terma, salah satunya adalah untuk menjadikannya Setiausaha Agong supaya dia mempunyai kuasa yang sama kepada Azmin, pengarah pilihan raya.
Pada tahun 2014, Saifuddin mengosongkan jawatannya untuk bertanding jawatan timbalan presiden parti itu, tetapi telah dikalahkan oleh Azmin. Beliau kemudiannya digantikan dengan Rafizi Ramli dan ini, sekali lagi, membuatkan Saifuddin bagaikan orang gila kerana lebih kurang diletakkan Rafizi di atasnya. Sejak 2014 Saifuddin telah menjadi salah satu orang yang sangat tidak berpuas hati yang menyerang Anwar, Wan Azizah dan Azmin dengan melakukan beberapa provokasi.
Saifuddin membenci Azmin dan merajuk pada 2008 kerana Anwar lebihkan Azmin daripada beliau tetapi kembali pada tahun 2010 apabila dijadikan Setiausaha Agong.
Dan dengan situasi Saifuddin yang amat tidak puas hati ini membuatkan beliau adalah calon paling sesuai untuk DAP. Lim Kit Siang tahu bahawa Saifuddin adalah di ambang untuk meninggalkan PKR, sekali lagi, jika dia terus dilayan lebih rendah dari Azmin dan Rafizi. Apabila ini berlaku lebih awal pada 2008, Saifuddin meninggalkan PKR untuk bekerja untuk Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat. Sekarang dia bekerja untuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Tetapi DAP tidak mahu dia meninggalkan PKR. Mereka selalu mempunyai perancangan lebih besar untuknya.
Kit Siang telah membuat perjanjian dengan Mahathir tetapi dia lebih tahu untuk membenarkan orang tua itu untuk mengawal sepenuhnya terhadap PKR melalui Azmin. PAN dan Pribumi terlalu lemah untuk menjadikannya kepentingan strategik serta kedudukan terbaik DAP untuk menang paling banyak kerusi parlimen adalah 45 kerusi. Jadi mereka memerlukan PKR untuk memberikan baki kerusi itu. Dan itu akan menjadikan PKR lebih penting dan, dengan itu, terlalu kuat untuk kebaikan DAP.
Oleh itu, walaupun Mahathir boleh mengawal PKR melalui Azmin apabila dia mengambil alih dari Wan Azizah, Kit Siang perlu mengimbangi dengan mengawal sekurang-kurangnya separuh dari PKR. Separuh lagi adalah puak yang dipimpin oleh orang yang paling membenci Azmin, Saifuddin Nasution. Ini bermakna DAP sekarang ‘share’ PKR dengan Mahathir.
Kit Siang mempermainkan Mahathir dengan melantik Saifuddin sebagai penasihat strategik Guan Eng maka dengan itu beliau mengawal separuh daripada PKR.
Akhirnya, Saifuddin dijadikan seorang lagi Mat Sabu, iaitu balaci DAP. Saifuddin mempunyai sejarah berkhidmat dengan tuan yang lain apabila beliau tidak mendapat apa yang beliau inginkan seperti ketika tahun 2008 to 2010.
Perkara seterusnya yang akan berlaku adalah DAP akan memberikan Saifuddin kerusi parlimen Permatang Pauh untuk bertanding memandangkan Anwar akan kekal dalam penjara sehingga selepas pilihan raya umum akan datang. Perkara ini benar-benar akan menghapuskan pengaruh Anwar di Pulau Pinang. Saifuddin juga akan diberikan kerusi DUN di Selangor untuk bertanding supaya jika DAP menang paling banyak kerusi di Selangor, seperti yang mereka harapkan maka parti tersebut boleh mengambil alih jawatan Menteri Besar.
Buat masa ini DAP tidak mempunyai calon Menteri Besar Selangor dan walaupun parti mempunyai calon Melayu, tidak ada jaminan DYMM Sultan akan menerima calon Melayu DAP sebagai Menteri Besar Selangor. Oleh itu, untuk selamat, DAP akan mengangkat Saifuddin sebagai Menteri Besar Selangor. Jadi, secara tidak langsung, DAP akan memerintah di Selangor sepertimana yang mereka lakukan pada tahun 2008 di Perak.
DAP tahu yang mana-mana calon Melayu dari parti itu akan masih dilihat sebagai alat Cina atau balaci Cina. DAP berharap calon Melayu dari PKR, walaupun ‘DAP-friendly’, tidak akan dapat dianggap sama, terutamanya kerana kebiasaannya Melayu ini dalam Umno, PKR dan PAS, sepertimana Saifuddin.
Guan Eng lantik Saifuddin sebagai penasihat strategik
(The Star) – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah melantik Datuk Saifuddin Nasution sebagai penasihat strategik beliau pada selasa lepas.
Dalam status Facebook, Lim, Setiausaha Agung DAP, mengumumkan pelantikan Saifuddin dan juga 10 orang kaunselor tempatan yang lain.
Pelantikan beliau disaksikan oleh Lim dengan diiringi Setiausaha Negeri Datuk Seri Farizan Darus, para exco negeri dan pegawai negeri yang lain.
Lim juga memuat naik beberapa keping gambar Saifuddin, yang juga merupakan Setiausaha Agung PKR, yang diambil ketika majlis angkat sumpah.
– Malaysia Today