| gambar hiasan |
MIRI: Seorang penternak ayam telah ditahan polis kerana memukul isterinya dengan tali pinggang dan rotan di Kampung Jagus Lambir, Miri, Isnin.
Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat berkata, suspek yang berusia 33 tahun telah memukul mangsa berusia 34 pada pukul 4 petang hari Ahad kerana marah dihidangkan lauk yang sejuk.
"Apabila mangsa mahu memberi anjing makan lauk yang dimasak, suspek marah dan memukul pengadu menggunakan tali pinggang dan rotan," katanya di sini Selasa.
"Mangsa sering dipukul suspek," katanya sambil menambah suspek kini ditahan reman tiga hari sehingga Khamis ini.
-mstar
PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"