'Blessing in disguise', hikmah di sebalik apa yang berlaku dan tidak terjangkau oleh pemikiran kita. Apabila Felda diserang oleh parti politik yang beranggapan bahawa isu pembelian Eagle High Plantation bakal meranapkan reputasi Kerajaan BN namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.
Dari rakyat tidak semuanya tahu kepada rakyat Malaysia mulai tahu dan pengetahuan tersebut lebih terperinci berhubung urustadbir Felda rupanya melangkaui jangkauan kepentingan politik. Felda pernah membeli ladang sawit milik penasihat DAP, Chen Man Hin dengan harga seperti yang tertera di dalam artikel di bawah.
Kalaulah Felda ini diwujudkan atas dasar kepentingan politik Barisan Nasional semata-mata maka urusniaga dengan individu atau pemilik yang begitu membenci kerajaan BN tidak akan berlaku sama sekali. Pembangkang sembunyikan hal ini atau terlupa apabila cuba jolok sarang tebuan?
Rafizi dan sekutunya di pakatan harapan pimpinan DAP terkedu dengan berita pada 2013 turut sama menjadi perhatian betapa beruntungnya serta super mewahnya Chen Man Hin berikutan keputusan Felda membeli ladang sawitnya pada masa itu.
Pada tahun 2013, Felda Global Ventures membeli Pontian Plantation milik Chen Man Hin, pengasas dan sekarang penasihat seumur hidup DAP pada harga RM1.2 bilion.
Penganalisis berkata ia adalah situasi 'win-win' dan harga RM74,800 sehektar (AS$ 23,450 ketika itu) bagi 40,000 hektar kawasan bertanam adalah wajar dan 'win-win situation'. BACA di SINI.
Pada masa itu, harga minyak sawit mentah (MSM) adalah RM2,200 satu tan.
Pakatan Rakyat ketika itu tidak mempunyai apa-apa isu dengan perjanjian ini dan cuba untuk tidak 'highlight'kannya kerana berkemungkinan mereka juga ada 'sedikit' saham dari Chen Man Hin?.
Ironinya kini, pada 2016, Felda mengumumkan bahawa mereka ingin membeli 37% daripada syarikat ke-3 terbesar di Indonesia dengan kawasan yang ditanam seluas 125,000 hektar dan 200,000 kawasan belum bertanam pada harga RM2.3 bilion. BACA di SINI.
Harga minyak sawit mentah (MSM) sekarang adalah RM3,200 satu tan.
Pembangkang berkata kos adalah sangat tinggi kerana ia adalah US$16,000 per hektar (atau RM71,000 sekarang).
Mungkin dalam pengiraan excel Pakatan dan berdasarkan Lapijinomics, 16,000 adalah lebih tinggi daripada 23.450? Adakah pakatan harapan berfikir rakyat negara ini semakin bodoh?
Artikel ini diterbitkan pada 3.10.2013:-
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Mohd Emir Mavani Abdullah hari ini mempertahankan harga pembelian Pontian United Plantations Bhd, sambil menyatakan niaga janji itu memberi nilai kepada wang berdasarkan kepada prospek masa depannya dan ia sebuah syarikat bebas daripada hutang.
Beliau mengulas laporan penganalisis yang menyatakan harga RM1.2 bilion atau RM139.20 sesaham tidak wajar dan mahal berbanding harga pasaran semasa RM89 sesaham.
"Pontian memiliki satu kilang dengan kapasiti 90 tan metrik sejam sementara operasinya di Sabah dijangka menghasilkan 80,000 hingga 85,000 tan metrik minyak sawit mentah dan 17,000 tan metrik isi rung setahun.
"Syarikat turut membawa bersama RM250 juta wang tunai. Jadi, sekiranya kita mengira kesemua ini, kita akan lihat ini sebenarnya niaga janji yang terbaik," kata beliau dalam taklimat media hari ini.
Sementara itu, pengerusi FGV Tan Sri Isa Samad berkata pengambilalihan Pontian akan terus meningkatkan pegangan tanah FGV sebanyak empat peratus, sekali gus mengekalkan kedudukan Felda Group sebagai pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia.
"Selain bertambahnya pegangan tanah, kami turut mendapat sinergi dan menjimatkan kos.
"Kami yakin keputusan perniagaan strategik ini akan memberikan kesan positif kepada pemegang saham FGV dan kesemua pemegang kepentingan termasuk peneroka Felda," tambah beliau.
Sementara itu, dalam satu kenyataan, Mohd Emir berkata FGV akan terus kekal dan berpegang kepada dasar dividennya iaitu nisbah pembayaran minimum 50 peratus daripada untung bersihnya.
Untuk tahun kewangan 2012, FGV membayar dividen 14 sen sesaham.
Pembayaran dividen itu mewakili 64 peratus untung bersih, lebih tinggi berbanding 50 peratus pembayaran seperti dijanjikan dalam prospektus tawaran awam permulaan FGV 2012. - Bernama

Timbul juga persoalan di sebalik pembelian ladang milik Chen Man Hin ini, benarkan ianya milik penuh Chen Man Hin atau beliau hanya proksi DAP atau rakan kongsi Lim Kit Siang?