Ada Restoran Islam Jual Sup Daging Anjing Di KL?

SUP daging anjing dikatakan dijual secara berleluasa di restoran sekitar Kulim dan Kuala Lumpur.

Berdasarkan kepada gambar-gambar yang diviralkan di media sosial, PRU14.tv membuat kesimpulan bahawa terdapat usaha yang berniat jahat untuk merosakan perniagaan restoran mamak sekitar Kuala Lumpur dan Kulim.

Gambar yang memaparkan anjing yang telah disembelih beralaskan tikar mempunyai warna berlainan daripada tikar yang digunakan untuk meletakan potongan daging.

Dengan kata lain, gambar-gambar tersebut berlaku di tempat yang berasingan namun pihak yang cuba menabur pasir ke dalam periuk nasi orang lain cuba memberi gambaran bahawa ianya berlaku di restoran yang sama.

Kami menasihati agar siasat dahulu perkara yang diviralkan supaya ianya tidak menganiaya pihak lain.

“Caption” di bawah ini sedang tular atau viral di laman sosial  dan ianya digunakan seolah-olah untuk menghasut pelanggan.
Subhanallah berhati-hati semua sahabat2 yang berugama Islam bila makan sup, kerana sekarang berluasa kat Restoran2 Mamak sekitar kawasan KL, takut nanti terkena sup anjing pulak sepertimana didalam wassap ni. Disebabkan kebanyakan Restoran Mamak ni pekerja berugama Hindu.

SUMBER – PRU14.tv

 

PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman portal PRU14.TV dengan tajuk asal "Heboh Cerita Restoran Jual Sup Anjing". Segala isi kandungan ini adalah dari penulis portal berkenaan. Terima Kasih

Subscribe to receive free email updates: