Kerjasama antara CIA dan Soros
Tulisan asal oleh :
Economic Policy Journal.com, 23 September 2012.
Kaitan yang penuh tanda tanya antara George Soros dan CIA telah muncul akibat daripada pendedahan mengenai pembiayaan organisasi media Malaysia oleh National Endowment for Democracy. Ternyata ia adalah pembiayaan NED dan pembiayaan Soros.
NED telah lama diketahui sebagai ‘muka’ CIA. Dalam klip di bawah, pegawai kes CIA Phil Agee menghuraikan perkembangan yang membawa kepada pembentukan NED dan bagaimana NED beroperasi.
https://www.youtube.com/watch?v=mcAhIrpCmpY
Ini semua perlu diberikan perhatian kerana berkaitan dengan Soros, kerana Malaysiakini, sebuah pertubuhan media Malaysia, baru sahaja mengaku bahawa mereka menerima dana daripada NED.
Pembiayaan ini nampaknya telah berlangsung selama bertahun-tahun lamanya dan seorang wartawan kini mendedahkan bahawa beliau berhenti bekerja untuk Malaysiakini kerana menerima dana daripada NED dan Soros, yang pada waktu itu adalah rahsia.
Y.L. Chong berhenti dari Malaysiakini sebagai editor beritanya lebih daripada satu dekad yang lalu apabila pengurusan portal berita itu enggan mengakui bahawa mereka telah mendapat dana dari NED dan Soros.
"Saya memberitahu Malaysiakini 11 tahun lalu untuk berterus-terang, dan tidak menyembunyikan maklumat sepert itu daripada pelanggan dan pembaca portal.
"Saya mengambil keputusan untuk meletakan jawatan saya kerana saya tidak dapat akur dan menyembunyikan kaitan portal dengan Soros," katanya dalam temu bual dengan The Star Malaysia.
Chong mendedahkan semua ini beberapa tahun yang lalu dalam blog beliau yang dipanggil http://ift.tt/2etpXGP.
"Saya ketika itu adalah editor berita, dan dengan itu mendapat tahu maklumat rahsia yang dibangkitkan dalam mesyuarat Malaysiakini, dan saya telah mendapat tahu bahawa Malaysiakini sememangnya telah menerima 10% bayaran pendahuluan awal sebanyak RM188,000 untuk kepentingan 10% dalam Malaysiakini," katanya.
Chong berkata, beliau meletak jawatan selepas bersemuka dengan kedua-dua pemimpin tertinggi Malaysiakini - Steven Gan dan Premesh Chandran - dan kedua-dua mereka tidak mahu mengaku secara terbuka bahawa portal itu menerima dana melalui Media Development Loan Fund yang dikendalikan oleh Open Society Institute, satu unit antarabangsa yang terkenal yang dikaitkan dengan Soros.
"Malah, Gan berkata Malaysiakini akan ‘mati’ jika mereka mengaku bahawa mereka menerima dana daripada Soros,'' katanya.
Link asal artikel:
http://ift.tt/2fmWTya