Polis Rampas 4,550kg Minyak Masak

Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas 4,550 kilogram (kg) minyak masak yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran dalam serbuan di pangkalan haram Haji Lias, Simpangan malam tadi.

Pengawai Pemerintah PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubo, Asisten Supritendan Ahmad Amri Abd. Rahman berkata, serbuan kira-kira pukul 11 malam itu diketuai oleh Inspektor Virak Kong Pet bersama enam anggota Unit Risikan Marin (URM).

Menurutnya, dalam serbuan tersebut pihaknya berjaya menahan pemandu lori yang merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun.

"Pemandu dan lori bersama muatan minyak masak di bawa balik ke Markas Operasi PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Ahmad Amri memberitahu, siasatan awal mendapati minyak masak tersebut cuba di seludup ke negara jiran.

Katanya, permintaan tinggi dipercayai menjadi punca kepada aktiviti berkenaan.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :