Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kedah merampas 100 paket minyak masak satu kilogram yang disimpan tanpa permit dalam serbuan di sebuah kilang mi di Taman Abdul Aziz, semalam.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri Shahrudin Hamzah berkata serbuan pada tengah hari itu membawa kepada penemuan minyak masak paket yang disimpan di dalam sebuah tempat penyimpanan barang di premis berkenaan.
“Kita menyita 100 paket minyak masak bernilai RM250 kerana pemilik kedai tidak mempunyai premit kebenaran untuk menyimpan minyak tersebut.
“Semasa serbuan, pemilik yang berumur 50-an dan empat pekerja berada di dalam premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan semalam.
Shahrudin berkata kes disiasat mengikut Akta Kawalan Barang (AKB) 1961 dan melakukan kesalahan mengikut Peraturan 12A, Perintah Kawalan Bekalan 1974.
Bagi individu yang melakukan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau tiga tahun penjara manakala bagi syarikat pula didenda sebanyak RM2 juta, katanya.
Sementara itu di Kelantan:

KPDNKK Kelantan berjaya memintas sebuah lori ais yang cuba menyeludup minyak masak bersubsidi ke negara jiran lewat malam tadi.
Hasil makluman dan risikan awal petang semalam, penguatkuasa KPDNKK mengesan tindakan lori yang menghantar ais batu kristal dalam masa yang sama membeli minyak masak bersubsidi dikedai-kedai sekitar Kota Bahru, Pasir Mas, dan Tanah Merah.
Siasatan awal mendapati, lori yang membawa 55 kotak berisi minyak masak berkenaan dalam perjalanan menuju ke sebuah stor di Rantau Panjang sebelum dibawa masuk ke negara jiran untuk pasaran di Danok, Thailand.
Rampasan sebegini bukanlah perkara baharu, bidang kuasa KPDNKK adalah didalam negara sahaja manakala jika penyeludupan berlaku ianya dibawah tanggungjawab penuh Agensi Kawalan Sempadan.
Sebagai rakyat Malaysia,jika terdapat tindakan atau aktiviti luar biasa yang melibatkan perkara atau kes seperti diatas, laporkan atau membuat aduan terus ke 1-800-886-800.