MBSA Roboh Menara Azan



Sebuah menara azan di Surau Ar-Raudhah, Setia Alam di sini dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) atas alasan tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa. 

Kerja perobohan menara setinggi 30 meter itu dilakukan kira-kira pukul 9 pagi tadi menggunakan sebuah kren. 

Dipercayai kerja-kerja perobohan dilakukan selepas wujudnya aduan daripada penduduk yang bimbang dengan keselamatan mereka ekoran kewujudan menara tersebut meskipun ia telah dibina sejak dua tahun lalu.



Subscribe to receive free email updates: