Program ceramah Jelajah BERSIH 5.0 di Pulau Pinang telah mendapat sambutan yang sangat hebat dan pasti akan merisaukan kerajaan BN.
Apatah lagi program ceramah ini telah diadakan di negeri yang ditadbir oleh parti cauvinis DAP di bawah 'Tokong DAP'. Pastinya, puluh ribuan penyokong-penyokong pro-DAP dan pembangkang yang akan hadir.
Ceramah Beersih 5.0 peringkat negeri Pulau Pinang ini telah diadakan di Dewan Sungai Dua , Tasek Gelugor.
Hampir 40,000 hadir di ceramah itu yang turut diserikan dengan celoteh Mat Sabu yang berjaya memikat perhatian puluh ribuan yang bersemangat untuk mendengar.
Lihat video sambutan yang amat menakjubkan ini :
Ironinya, BEERSIH 5.0 tidak pula berani mempersoalkan integriti Lim Guan Eng DAP yang sekarang bergelut dengan kes rasuah dan salahguna kuasa yang telah memalukan parti chauvinis itu.
Dan begitu jelas sekali bahawa puak Bersih ini hanyalah sekadar keldai tunggangan pembangkang sahaja.
Terdapat beberapa perkara yang perlu kita tahu tentang Bersih 5.0 ini. Selain daripada NGO Bersih itu adalah boneka keldai tunggangan pembangkang terutiamanya parti DAP, mereka cuba menimbulkan persepsi kononnya pihak Baju Merah adalah jahat. Portal pro-pembangkang MenipuKini begitu giat sekali membantu.
Satu insiden kekasaran yang terpencil telah dijadikan peluru untuk menyalahkan seluruh pihak Baju Merah dan yang amat bodoh sekali, parti UMNO juga telah dipersalahkan.
Ketidakhadiran orang ramai semasa ceramah Bersih di Sungai Dua, Tasek Gelugor yang majoriti penduduknya adalah kaum Melayu, jelas menunjukkan bahawa puak Beersih ini tidak mendapat sokongan daripada kaum Melayu. MiM percaya sambutan hambar ini juga berlaku di tempat-tempat lain.
Dan apabila tiada sambutan, DAP dan parti-pembangkang yang lain akan menyepi tidak membuat sebarang ulasan. Tetapi jika hebat sambutannya, merekalah yang paling ke hadapan tumpang glamer dan mengambil kredit. Merekalah yang akan mendabik dada kononnya mereka yang mengusahakan program ini.
Inilah perangai buruk DAP dan pembangkang yang rakyat pun sudah sedia maklum. Sama seperti sikap kerajaan DAP negeri Pulau Pinang yang bersikap angkuh tentang kadar pertumbuhan KDNK per-kapita.
Lim Guan Eng DAP juga menuduh kononnya Pulau Pinang, negeri tercorot di bawah pentadbiran BN pada tahun 2006-2007,
Benarkah tuduhan Guan Eng DAP ini atau beliau cuba berbohong?
Kerana jika kita rujuk carta di bawah, KDNK negeri Pulau Pinang bukan negeri tercorot seperti yang didakwa oleh Lim Guan Eng!
Yang giat dijalankan oleh kerajaan DAP ialah menambak laut dan menjual begitu banyak tanah-tanah milik rakyat ini kepada pemaju-pemaju tanah untuk keuntungan segera dan untuk mengaburi mata rakyat yang kononnya kerajaan DAP 'pandai mentadbir.'
Tanah-tanah milik rakyat ini juga dijual kepada pemaju-pemaju warga asing. DAP memang layak dicop sebagai broker tanah rakyat!
Sungguh memalukan!
#DAPrasuah
#DAPbrokertanah