#Bajet2017: Apa Itu Sistem Kontrak Houseman Graduan Perubatan

Rasional Perlaksanaan Jawatan Kontrak Bagi Graduan Perubatan

Ramai adik2 pelajar perubatan dalam dan luar negara mesej bertanya kepada saya, apakah maksudnya sistem kontrak houseman utk graduan2 perubatan yang bakal bermula Disember ini seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2017 semalam. 2 orang anak buah saya juga adalah mahasiswa perubatan di luar negara pada ketika ini dan akan insyaAllah menamatkan pelajaran mereka dalam 2 tahun lagi. Mereka juga pasti gusar dan risau akan nasib diri mereka yang seolah2 tiada masa depan pekerjaan yang terjamin.

Sebenarnya, sukar untuk saya mengulas kerana perkara ini sudah pasti akan diputuskan perlaksanaan teknikalnya oleh KKM. Cara dan metod implimentasi dasar baru ini hanya akan diketahui sedikit masa lagi dan mohon semua bersabar.

Namun saya ingin menjelaskan realiti dan masa depan bidang perubatan yang semakin mencabar ini. Pada zaman dahulu, jumlah doktor adalah kurang dari jumlah penjawatan yang ada di dalam KKM. Oleh itu setelah tamat housemanship, jawatan adalah terjamin kerana secara automatik mereka akan diserap menjadi MO (Pegawai Perubatan Tetap).

Kini jumlah graduan perubatan adalah terlalu ramai melangkaui jumlah penjawatan yang ada di dalam KKM. Oleh itu lambakan doktor2 ini terpaksa menunggu hingga doktor2 houseman sedia ada menamatkan latihan mereka dan menjadi MO sebelum mereka boleh mengisi kekosongan jawatan tersebut. Masalah timbul bila mana HO sedia ada mengambil masa lebih lama untuk menjadi MO atas pelbagai sebab seperti masalah kompetensi, disiplin, sakit, cuti bersalin dan sebagainya. Mereka tidak dapat menamatkan tempoh HO dalam 2 tahun dan mengambil masa yang lebih lama. Ini menyebabkan orang lain terpaksa menunggu lama.

Graduan2 perubatan ada yang terpaksa melakukan kerja2 lain untuk menyara hidup mereka sementara menunggu giliran HO training. Seperti dilaporkan media sedikit masa dahulu, ada yg bekerja di supermarket dan menjadi guru sandaran di sekolah2 dan juga kerja2 lain. Ini akan meletakkan mereka pada kedudukan yang merugikan kerana mereka akan hilang sentuhan dunia perubatan yang mana ilmunya amat memerlukan latihan amali yang berterusan.

Saya berpendapat kerajaan memandang berat situasi ini dan tidak mahu graduan2 ini ketinggalan dalam latihan mereka dan mensia-siakan masa mereka.

Jawatan kontrak ini saya kira adalah bagi graduan2 selain JPA kerana graduan biasiswa JPA secara automatik terikat kepada perjanjian wajib khidmat selama 10 tahun dgn kerajaan.

Saya berpendapat graduan2 yang bakal menjadi HO kontrak ini adalah mereka2 yang pergi melanjutkan pelajaran dgn biasiswa selain JPA dan pembiayaan pesendirian. Ini hanya analisis saya sendiri yang mungkin betul mungkin salah.

Bagi graduan2 (selain JPA scholars) ini, jawatan kontrak ini diberikan kepada mereka agar mereka juga boleh turut mendapatkan latihan dan tidak membazirkan potensi diri mereka di luar sana. Mereka tidak perlu menunggu dan menjalankan kerja2 lain lagi dan boleh terus memulakan kerja di hospital.

Senario sekarang sudah berbeza berbanding dahulu. Kini kita mengamalkan meritrokrasi tulen. Sebuah persaingan yang sihat bagi kumpulan intelek yang berdaya IQ tinggi iaitu para graduan doktor. Anda perlu buktikan anda terbaik supaya anda diserap di dalam perkhidmatan awam!

Tempoh HO training kontrak ini adalah selama 2 tahun. Jika anda cemerlang, sebelum 2 tahun lagi anda akan dinilai, menjalani peperiksaan khas dan berpeluang menamatkan latihan HO dan diserapkan sebagai MO tetap! (Fast track Housemanship). Ini sangat menguntungkan dan tidak ada pada zaman saya dahulu. Walau sehebat mana pun sekalipun HO itu hatta tall dark and hensem, tetap perlu menghabiskan latihan HO selama tempoh yang telah ditetapkan. 😇

Bagi HO kontrak yang lain, setelah tamat 2 tahun dan anda bagus, anda akan diserap ke dalam perkhidmatan awam. Namun bagi yang tidak kompeten atau perlukan tempoh lanjutan latihan (extension) atas pelbagai sebab, anda boleh dilanjutkan tempoh extension untuk 1 tahun lagi.

Setelah tamat HO, dan jika anda masih tidak diserap ke dalam perkhidmatan awam, anda akan menjadi MO kontrak pula selama tempoh 2 tahun. Ini bagi memberi peluang kepada para doktor ini kerana ada kalanya sesetengah orang mengambil masa yang lebih panjang sedikit sebelum menonjolkan prestasi (late bloomers).
Keseluruhan tempoh kontrak maksimum bagi yang tidak diserap2 dalam perkhidmatan awam adalah selama 5 tahun (2+1+2 tahun).

Bagi mereka2 yang diserap sebagai MO tetap di perkhidmatan awam, mereka layak dipertimbangkan untuk melanjutkan pelajaran ke bidang kepakaran.

Dan jika doktor kontrak tersebut masih gagal memberikan prestasi kerja yang memuaskan dan gagal menyerlahkan kecemerlangan, tempoh kontrak mereka tamat dan mereka bebas mencari rezeki di sektor swasta.

Ini sebenarnya adalah merupakan langkah yang baik bagi sektor awam kerana only the best will get hired. Jadi para HO kontrak perlulah menonjolkan kebolehan diri semaksimum yg boleh bagi mendapatkan ruang pekerjaan di sektor awam. Tidak ada lagi ruang untuk bersikap sambil lewa dan bekerja ibarat melepaskan batuk di tangga. Masing2 akan berebut2 untuk merawat pesakit secemerlang mungkin dan meningkatkan prestasi diri termasuk mandalami ilmu agar mereka dilantik ke jawatan tetap. Penilaian akan dilakukan secara objektif melalui housemanship evaluation berasaskan log book. Elemen pilih kasih, kroni atau kipas utk jawatan akan dipantau dan jika ada boleh dilaporkan utk tindakan.

Dalam jangka masa panjang, perkhidmatan awam akan menjalani transformasi yang agresif sejajar dengan taraf kita menuju negara maju berasaskan wawasan baru Tranformasi Nasional 2050.

Kesimpulan:

1. HO kontrak adalah bagi memastikan tiada keciciran dalam latihan HO bagi graduan perubatan.

2. Sistem meritrokrasi tulen dilaksanakan bagi kumpulan intelek yang berdaya saing sama (graduate doctors) bagi menentukan perlantikan ke perkhidmatan awam.

3. Tonjolkan potensi diri anda dan sikap positif dari Day 1 anda bekerja. Timba ilmu dan ambil kesempatan belajar kerana penilaian anda bermula dari hari pertama tersebut.

4. Memang semakin mencabar dunia perubatan namun inilah realitinya apabila kita menjadi negara maju. Fenomena ini sudah lama berlaku di negara maju yang lain. The best men wins. 😊

*Dr Abdul Rahman Abdul Kadir*

Subscribe to receive free email updates: