Buaya Gemparkan Penduduk Flat Taman Sri Sentosa

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Penduduk flat di Taman Seri Sentosa di sini, gempar dengan kehadiran seekor buaya berhampiran flat itu yang terletak berhampiran Sungai Klang, malam Jumaat.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 10.19 malam.


"Kami juga telah menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk memaklumkan kejadian berkenaan.

"Berdasarkan maklumat yang diterima, penduduk di sini ternampak reptilia  berkenaan berhampiran kawasan perumahan ini yang berlumpur dalam semak samun," katanya ketika dihubungi Bernama.

Samsol berkata sehingga kini pihaknya bersama APM sedang berusaha untuk menangkap reptilia berkenaan.

-mstar

PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :