Saya masih ingat, pada tahun 1999 apabila Barisan Alternatif pakatan pembangkang hampir tidak berlaku. Hanya beberapa hari sebelum hari penamaan calon, kami diberitahu untuk bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya pertandingan tiga penjuru. Nampaknya PKR (pada masa itu dipanggil PKN), PAS dan DAP (PRM juga berada dalam pakatan itu) tidak dapat mencapai persetujuan berkenaan peruntukan kerusi dan rundingan juga telah gagal.
Kami memberitahu kepemimpinan parti bahawa jika berlaku pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum November 1999, maka kami mungkin patut beredar. Pilihan raya umum tersebut merupakan satu pembaziran.
Berita itu sampai ke pengetahuan Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh yang kemudiannya meminta Jomo Kwame Sundaram untuk mengambil alih rundingan kerusi itu. Malam itu, sekitar tengah malam, kami bermesyuarat di rumah Jomo di Petaling Jaya untuk membincangkan langkah yang patut diambil dan pada saat akhir, satu persetujuan telah dicapai dan kami akan bertanding dalam pilihan raya umum 1999 sebagai Barisan Alternatif.
Rundingan kerusi pilihan raya umum pada tahun 2004, 2008, dan 2013 bukanlah lebih mudah, tetapi sekurang-kurangnya kami mempunyai asas ‘kerusi tradisional’ sebagai panduan. Jika parti anda telah bertanding kerusi itu pada pilihan raya umum sebelum itu, maka kerusi itu ‘milik’ anda.
Tetapi apa yang akan terjadi sekiranya anda telah bertanding kerusi itu dalam beberapa pilihan raya dan telah kalah setiap kali bertanding? Pendek kata, anda telah bertanding untuk kerusi itu beberapa kali tetapi tidak pernah menang setakat ini. Bolehkah anda mendakwa kerusi itu ‘milik’ anda walaupun ianya merupakan kerusi Barisan Nasional selama ini?
Beberapa pihak daripada Pakatan Harapan (dan Pakatan Rakyat dan Barisan Alternatif sebelum ini) yang merasakan ‘kemampuan untuk menang’ adalah formula yang patut diguna pakai dan bukannya ‘kerusi tradisional’. Dalam erti kata lain, anda mungkin telah bertanding untuk kerusi itu beberapa kali tetapi tidak pernah menang. Bagaimanapun, jika parti saya bertanding untuk kerusi itu, kami mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memenanginya.
Berdasarkan formula ini, parti yang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk menang kerusi itu sepatutnya bertanding dan bukannya parti yang telah bertanding untuk kerusi itu dalam pilihan raya yang lepas atau beberapa pilihan raya yang lepas dan tidak pernah menang kerusi itu (ataupun sekali sekala menang tetapi kebanyakkan masa kalah).
Pada pilihan raya umum 2018 ataupun yang seterusnya, ianya sudah hampir 20 tahun atau 5 pilihan raya umum sejak pakatan pembangkang itu ditubuhkan secara rasmi pada 1999. Tetapi mereka masih tidak mencapai persetujuan tentang formula peruntukan kerusi seperti yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional. Dan inilah kekuatan Barisan Nasional, yang mana merupakan kelemahan bagi pihak pembangkang.
Pihak pembangkang bersetuju untuk tidak bersetuju dan tidak bersetuju dengan peruntukan kerusi. Dan jika pembangkang tidak boleh mencapai persetujuan dengan hanya tiga parti, bagaimana mereka ingin menyelesaikannya memandangkan ada 8 parti bukan-Barisan Nasional yang akan bertanding untuk pilihan raya umum akan datang?
Walaubagaimanapun, parti Tun Dr Mahathir Mohamad untuk Melayu sahaja iaitu Pribumi mendakwa yang mereka akan menjadi pengganti atau alternatif kepada Umno. Ini bermaksud Pribumi adalah Umno baru atau Umno Lagi Baru kerana Umno sebenarnya adalah Umno Baru yang menggantikan Umno 1946 pada 1988.
Ini bermakna yang Pribumi akan bertanding dengan Umno untuk setiap satu kerusi yang akan Umno tandingi, dan ianya adalah sejumlah 119 kerusi, atau lebih separuh daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan. (Itu hanyalah kerusi parlimen dan tidak termasuk lebih 500 kerusi negeri.)
Jika Mahathir dan Pribumi mahu dianggap serius dan dianggap pengganti atau alternatif Umno, mereka mesti mengumumkan sekarang yang mereka akan bertanding untuk 119 kerusi parlimen. Kami sudah tahu dimana kerusi-kerusi itu dan kami boleh beritahunya kepada anda. Kami hanya perlukan pengumuman rasmi Mahathir dan Pribumi bahawa mereka akan bertanding untuk 119 kerusi itu untuk membuktikan yang Pribumi adalah pengganti atau alternatif kepada Umno.
Tiada siapa yang mempertikaikan bahawa Barisan Nasional diterajui oleh Umno. Persoalannya adalah, adakah Pakatan Harapan masih Pakatan Harapan yang diterajui DAP atau adakah ianya kini diterajui Pribumi? Dengan pengumuman Mahathir atau Pribumi mengenai jumlah kerusi yang akan mereka tandingi, persoalan ini akan terjawab.
Jika kita melihat berdasarkan ‘kerusi tradisional’, maka Pribumi hanya akan bertanding untuk dua kerusi parlimen dan satu kerusi negeri. Itu tidak akan menjadikan Pribumi sebagai parti yang serius ataupun ketua pembangkang. Pribumi hanya akan berada pada tahap yang sama dengan Berjasa, PRM, PSM dan PPP, parti-parti yang hanya mengharapkan sisa-sisa sahaja. Adakah ini yang Mahathir dan Pribumi akan lakukan, iaitu hanya mengharapkan diberikan sisa-sisa untuk mereka?
Mereka mengatakan yang Pribumi akan menjadi titik revolusi. Mereka mengatakan Pribumi adalah Umno yang baru. Mereka memberitahu yang Pribumi akan memimpin pembangkang ke mercu kejayaan dan mengambil alih kerajaan persekutuan yang seterusnya. Untuk memastikan ini berlaku, Pribumi perlu bertanding 119 kerusi parlimen dan menang sekurang-kurangnya 85-90 kerusi.
Begitu juga dengan PAN. DAP berkata yang PAN merupakan pengganti atau alternatif kepada PAS. PAS bertanding untuk 71 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum yang lepas. PAS mesti akan bertanding untuk ‘kerusi tradisional’ ini dan juga 7 kerusi Berjasa. Jumlah keseluruhannya adalah 78 kerusi.
Adakah PAS akan memberi laluan kepada PKR dan DAP dan tidak ‘mengganggu’ ‘kerusi tradisional’ mereka? Ada beberapa kerusi yang PAS ‘beri’ kepada PKR. Bagaimanapun, memandangkan PAS bukan dalam Pakatan Harapan, mereka tidak lagi perlu untuk memberi kepada PKR dan kini boleh bertanding untuk kerusi itu. Jadinya, PAS mungkin akan bertanding untuk 100 kerusi parlimen kali ini. Dan PAN perlu bersedia untuk bertanding untuk setiap satu daripada 100 kerusi itu.
Dengan Umno dan Pribumi yang bertanding untuk 119 kerusi dan PAS dan PAN yang masing-masing bertanding untuk 100 kerusi, parti lain dalam Barisan Nasional akan perlu untuk berdepan dengan PKR dan DAP untuk baki 100 atau kebih kerusi lagi. Itu bermakna terdapat 650 calon (atau mungkin lebih banyak lagi jika calon bebas diambil kira) yang akan bertanding untuk 222 kerusi. Ini bermakna, setiap satu daripada 222 kerusi itu bakal ditandingi oleh 3-4 calon.
(BACA Seterusnya di sini: Muhyiddin: Parti Pribumi may contest in ‘suitable’ PKR-PAS seats
Itulah yang mereka maksudkan sebagai revolusi. Dan mereka mesti memperuntukan sekurang-kurangnya RM10 juta untuk satu kerusi setiap satu parti. Pilihan raya umum akan datang ini akan menjadi yang paling mahal dalam sejarah – lebih mahal daripada pilihan raya umum 2013 – di mana bajet RM5 bilion perlu dibelanjakan – Barisan Nasional dan Pribumi masing-masing RM1.5 bilion dan baki RM2 bilion oleh PAS dan Pakatan Harapan.
Anda ingat pilihan raya adalah murah? Ianya lebih mahal jika anda ingin menang. Dan Mahathir kata, dia bukan sahaja ingin menang, malah dia akan menang. Jadi, jika tiada RM1.5 bilion, jangan berlagaklah!
Ada yang mengatakan Mahathir bukannya serius untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang (apatah lagi menewaskan Umno) kerana Pakatan Harapan tidak akan memberi Pribumi 119 kerusi untuk bertanding. Mereka mungkin juga tidak akan memberi Pribumi 20 kerusi kerana Pribumi tidak mempunyai ‘kerusi tradisional’ selain daripada hanya tiga kerusi.
PKR dan DAP akan mahu mengekalkan kerusi tradisional mereka, dan kerusi tradisonal PAS akan diserahkan kepada PAN. Jika PAS inginkan mana-mana kerusi, ia terpaksa bertanding dalam pertandingan 3- atau 4-penjuru, sama seperti Pribumi.
Jadi, apakah hala tuju Pribumi? Adakah mereka benar-benar serius untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang? Jika mereka serius, mereka perlu bertanding 119 kerusi. Adakah mereka bersedia untuk membuat pengumuman ini?
Jika Pribumi ingin dipandang serius, mereka tiada pilihan lain melainkan membuat pengumuman itu. Jika tidak, mereka hanyalah membuktikan yang Pribumi bukannya serius untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang tetapi hanya sekadar ‘gempak’ untuk menakutkan Umno supaya Muhyiddin dan Mukhriz dapat membuat perjanjian untuk masuk semula ke dalam Umno dengan mendapat tawaran yang lumayan. Dan kita semua tahu tawaran lumayan yang dimaksudkan.
Perkara berkenaan Pribumi ditubuhkan untuk menggantikan Umno dan untuk memimpin pembangkang ke mercu kejayaan dalam pilihan raya umum akan datang hanyalah “lagak” semata-mata. Kebenarannya adalah Mahathir hanya mahu menutup malu kerana kegagalannya untuk menggulingkan Perdana Menteri Najib Tun Razak tahun lepas. Jadi, dia perlukan Pribumi untuk menunjukkan kekuatannya walaupun sebenarnya dia tidak mempunyai apa-apa pun (tidak sehingga dan melainkan anda memiliki 80 atau lebih kerusi dalam parlimen).
Pribumi sebenarnya parti kecil yang berlagak besar. Apa yang mereka ada hanyalah 3 kerusi dan mereka berlagak seperti mereka mempunyai 100 kerusi. Untuk mendapat 100 kerusi, anda perlu bertanding sekurang-kurangnya 120 kerusi. Jadi, beritahu kami sekarang yang anda akan bertanding untuk 120 kerusi atau berdiam diri sahaja selama-lamanya. Dan sehingga anda mengesahkannya, khabar angin bahawa ini hanyalah untuk membuat gempak adalah benar.
Ada yang mengatakan bahawa Najib sangat takut kepada Pribumi dan jika Mahathir membuat tawaran kepadanya, Perdana Menteri itu akan menerimanya. Dan perjanjian itu sudah tentulah mengenai masa depan Mukhriz sebagai Perdana Menteri. Jika anda berfikiran sedemikian, anda rupanya lebih bodoh daripada yang disangkakan. Tidakkah pernah anda terfikir yang Mahathir bertindak sama seperti yang Najib mahukan – iaitu membentuk parti baru? Dan dengan membentuk parti baru, bukankah ianya satu cara yang pasti untuk menyatukan Umno dan memastikan ianya titik penamat bagi Mahathir?
Apa yang dilakukan Mahathir adalah apa yang Najib mahu dia lakukan. Dan dengan penubuhan Pribumi, Mahathir telah memberi kelebihan kepada Najib. Itulah sebabnya mengapa Mahathir tidak boleh menggulingkan Najib. Najib sudah jauh ke depan berbanding Mahathir dan beliau hanya mempermain-mainkan Mahathir.
– Malaysia Today