Foto Rakyat Malaysia Nekad 'Nikah' Sejenis

Allah pernah musnahkan kaum yang punyai nafsu sejenis ini. Dan manusia kekal menjadi makhluk yang pelupa.

Seorang wanita tempatan bercadang untuk mengahwini kekasihnya yang juga rakyat Malaysia di Kemboja, pada tahun depan. 

Menyedari undang-undang di negara ini yang tidak membenarkan perkahwinan sejenis, Xiao Wei, 30; dan pasangannya Shu Ying, 29; sanggup ke negara Indochina itu kerana dikatakan ia membenarkan perkahwinan sejenis. 

Akhbar Sinchew Daily melaporkan, Xiao Wei yang berasal dari Pahang mengenali kekasihnya dua tahun lalu di tempat kerja. 

Sejak kecil lagi, dia gemar berambut pendek dan bergaul dengan lelaki serta akan menangis apabila dipakaikan skirt oleh ibunya. 

Selepas dewasa, dia memahami haluan seks sendiri dan mengambil masa yang lama untuk memujuk emaknya menerima perkara itu. 

Perkenalan pasangan itu bermula daripada sahabat walaupun pada awalnya Shu Ying menolak pelawaan cinta Xiao Wei. 

Menyingkap kembali perkahwinan melibatkan pasangan lesbian, Thomas dan Apple pernah mengegarkan negara pada 2011 apabila secara terbuka memaparkan gambar perkahwinan mereka di laman sosial dengan tajuk ‘ The Happiest Lesbian’. 

Pasangan dari Batu Pahat, Johor ini dikatakan pasangan lesbian pertama di Malaysia yang berkahwin, namun kesahihan kisah tersebut tidak dapat disahkan. 

Malaysia sebuah negara yang melarang dan menyatakan pernikahan sesama jenis adalah salah di sisi undang-undang. Pernikahan seperti ini tidak akan berdaftar malah tidak sah di negara ini.

Bila nafsu menguasai akal maka manusia akan buat apa sahaja yang mereka fikirkan kononnya halal. Apatah lagi bila manusia yang tiada dan tidak pernah beriman kepada PenciptaNya. Mereka lupa mereka hanyalah hamba yang sepatutnya hidup di dalam lingkaran kehendak PenciptaNya, Allah swt.

Subscribe to receive free email updates: