1MDB: Plot Fitnah Baru Bermodalkan Jutaan Dollar Amerika?


Mula-mula susun plot kononnya nampakkan 1MDB bermasalah, supaya 1MDB dilihat sebagai kegagalan PM Najib dalam membangunkan serta membantu usahawan bumiputera ke arah taraf GLOKAL, kalau menurut MalaysiaToday, rancangan menyusahkan 1MDB bermula dari dalam Bank Negara Malaysia.

Apabila 1MDB sudah havoc, mereka yang mencipta fitnah dilihat mula serahkan kepada parti politik pembangkang untuk menyerang PM Najib dengan pelbagai versi kononnya kecelaruan 1MDB menyebabkan 'duit rakyat' hilang. Malangnya apabila Jabatan Audit Negara dan PAC mulakan siasatan, semua tohmahan hilang dengan sendirinya dan parti pembangkang mula sembunyikan kepala masing-masing di dalam mangkok tandas.

Lebih malu dan malang. Ada wakil parti pembangkang di dalam PAC, Dr Tan Seng Giaw dari DAP sendiri dengan tegas mengatakan 1MDB bukanlah satu skandal dan ianya tiada kena mengena dengan Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Hairannya selepas Dr Giaw dedahkan perkara sebenar hasil dari siasatan PAC, nama beliau seakan padam di dalam barisan kepimpinan DAP. Apa dah jadi?

Kini, plot baru pula bermula. Walaupun nampak gagal sejak dari awal serangan namun Husam Musa, wakil rakyat PAS yang dibuang dari parti berlabelkan Islam itu nampaknya terkial-kial cuba mengambil kesempatan untuk mencipta nama kembali supaya kekal di persada nama pemimpin pembangkang yang kononnya vokal.

Hari ini beliau bersama beberapa pengikut setia Mahathir cuba memberitahu rakyat Malaysia bahawa mereka akan ke Amerika untuk memfailkan saman terhadap beberapa individu dan menyedihkan, kes DOJ ini belum pun mula dan tidak tahu bila akan bermula.

Kenapa Husam menggelitik tawarkan diri untuk ke Amerika walaupun tahu ianya belum bermula? Ada sesiapa boleh teka? Antaranya mungkin beliau ingin sampaikan isyarat bahawa kerusinya jangan sesiapa berani sentuh kerana beliau kononnya masih berbisa? Joker! DOJ telah menarik balik sekatan pembekuan harta terhadap syarikat milik anak tiri Perdana Menteri, Najib Tun Razak, dan Husam ingin ke sana untuk failkan penama-penama yang muncul di ilusinya barangkali.

Menurut sumber pakatan rakyat, yang jelasnya Husam Musa hanyalah watak badut yang baru cuba digunakan untuk alihkan isu bahawa plot asal sedang diperbaiki untuk sesuaikan dengan plot fitnah baharu.

Kumpulan yang berkepentingan peribadi terpaksa membuat keputusan drastik, perlunya mengalihkan pandangan rakyat Malaysia apabila plot asal dengan menggunakan Bank Negara Malaysia sudah terbocor.

Mereka mahu rakyat melihat bahawa mereka bersungguh untuk pergi sendiri ke Amerika dan akan membuat aduan 'di hadapan mata rakyat Malaysia', langkah ini adalah semata-mata ingin menutup agar janganlah bocor lagi dan rahsia siapa yang berkomplot atau berkonspirasi dengan Peguam Amerika di peringkat awal dapat disembunyikan.

Perhatikan, kenapa Husam dan Mathias dan bukannya rombongan awal, Mathias dan suami Umie Aida? Kenapa pilih Husam dan bukannya Rafizi atau Tony Phua? Hairankan? Apakah kerana Husam sanggup keluarkan modal demi 'batuan politiknya'? Maklumlah, kalau menurut orang Kelantan, Husam antara wakil rakyat PAS yang kaya raya? Malah kalau dibandingkan antara Wakil Rakyat Kelantan, beliau antara yang berduit, betulkah?

Bukan sedikit modal yang diperlukan untuk perbetulkan plot 'Hancurkan Najib Melalui 1MDB'. Bayangkan plot baru bagi menggantikan plot yang sudah bocor, ianya terpaksa dinampakkan bermula di Amerika. Dedak bernama "Dollar Amerika" yang kita patut fokus tentang segala perbelanjaan yang digunakan oleh kumpulan ini nanti.

Tambah sumber, rahsia mungkin bakal terbongkar juga. sudah mula kedengaran wujudnya bantuan kewangan dari syarikat kroni Mahathir yang bermuka-muka dengan Kerajaan BN sekarang ini. Khabarnya ada individu level tertinggi, mungkin tahap pengarah atau pemegang saham kecil syarikat gergasi tersebut didapati berulang alik ke Amerika sebelum "Plot DOJ" bermula.

Semuanya berkemungkinan.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :